PN tidak patut lawan BN, Pas pula ‘mengekor’ sebab tidak ada prinsip

 



Oleh MALAYSIA DATELINE / November 9, 2021

Keputusan PN untuk bertanding di Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sekaligus memperlihatkan siapa sebenarnya PN apabila bertindakan melawan ketuanya sendiri iaitu BN.

AJK AMANAH Nasional Zolkharnain Abidin berkata, secara logiknya ketua kerajaan Persekutuah adalah BN, jadi PN tidak sepatutnya lawan ketuanya.

“Lagi pun satu keluarga. Sebab apa gaduh sesama sendiri? Ini yang MP Pokok Sena sebut sebagai kerajaan caca merba,” kata beliau.

Katanya, jika sebelum ini Bersatu telah mengkhianati Pakatan Harapan melalui Langkah Sheraton sekarang Bersatu pula mengkhianati BN dengan melawannya di PRN Melaka.

“Begitulah kalau biasa khianat. Ibarat anjing yang sudah terbiasa makan bangkai,” kata beliau.

Melihat kedudukan Pas yang nekad melawan BN di Melaka Zokharnain berkata Pas hanya mengekor sahaja seperti tidak ada prinsip.

“Pas hanya mengekor saja. Tak ada prinsip. Sekejap MN, sekejap PN. Sekejap dua-dua sekali. Siapa banyak bagi tulang, di situlah Pas “menjelir”.

“Sembang sana-sini Melayu – Islam konon, perpaduan ummah konon. Sembang bolehlah, tapi amalannya bagaimana?
Sembang perpaduan ummah tapi jika sesama sendiri pun bertelagah, macam mana nak uruskan ummah?

“Tapi tak apalah, setakat nak sembang boleh saja. Lagi pun semua orang dah tahu, P45 memang pandai sembang.
Sembang bukan kena bayor,” katanya lagi.

Pas memutuskan untuk menggunakan lambang PN di PRN Melaka sekali gus mengundang pelbagai kecaman daripada BN dan juga Umno.

Sehinggakan Ulama Pas Mokhtar Senik membangkitkan siapa sebenarnya Umno di mata mereka dan mahu Umno kecundang dalam PRN 20 November ini.

Pas dan Bersatu masuk bertanding untuk menang sekali gus terpaksalah mengalahkan BN.

 

No comments: