Mahfuz pertahan Anwar terima ‘katak’ UMNO, gesa pengundi pilih PH

 


Pengerusi Pakatan Hn Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan dua bekas ADUN UMNO, Datuk Seri Idris Haron dan Datuk Nor Azman Hassan sebagai calon PH.

Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima dua bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO sebagai calon Pakatan Harapan (PH) dipertahankan seorang pemimpin Amanah, Datuk Mahfuz Omar.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu menyokong tindakan Ketua Pembangkang yang menerima dua wakil UMNO yang menjadi punca kejatuhan kerajaan negeri untuk bertanding atas tiket PH, sebaliknya membidas Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) yang berebut kuasa dan menggesa pengundi menyokong PH nanti di Melaka.

“Saya seru agar rakyat Melaka memberi kepercayaan kembali kepada PH untuk memerintah negeri,” katanya lagi.

“Justeru, saya ingin menggesa dewan yang mulia ini agar rakyat Melaka memberi kepercayaan kepada PH untuk memerintah Melaka semula,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Untuk rekod, PKR dan Amanah masing-masing menerima dua bekas ADUN UMNO, Datuk Seri Idris Haron dan Datuk Nor Azman Hassan sebagai calon mereka yang akan bertanding dalam PRN Melaka.

Idris dan Nor Azman masing-masing bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan dan Pantai Kundor.

Susulan pengumuman tersebut, ramai pihak mengkritik keputusan Anwar yang masih berdegil untuk membawa masuk kedua-dua bekas ADUN itu bertanding atas tiket PH.

Malah, bekas Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli menyindir bekas bosnya itu selepas dan mempersoalkan langkah yang diambil PKR dan Amanah yang masing-masing akan meletak calon yang sebelum ini menjadi punca kejatuhan kerajaan Melaka.

“Kah3 katak berprinsip. Kalau kena kat muka kita #pengkhianat. Kalau konon untungkan kita ‘katak berprinsip’.

“Bahana jadi menteri 22 bulan prinsip semua jadi kabur,” katanya dalam ciapan di Twitter.

Mahfuz juga mula mempersoalkan sama ada Memorandum Persefahaman (MOU) antara kerajaan dengan pembangkang gagal kerana tidak dapat memastikan kestabilan politik.

“MOU adalah untuk kestabilan politik dan (keadaan) porak-poranda akan membawa kepada ketidakstabilan politik.

“Di peringkat persekutuan, ini kerajaan bersama, (iaitu) BN dan PN.

“Tiba-tiba di Melaka, mereka berebut kuasa…Apakah ini yang kita nak beri kepada penduduk Melaka,” soalnya lagi.

No comments: