GODAAN SYAITAN IKUT DAREJAT

 

Cara syaitan menggoda ni banyak. Modus operandi syaitan berubah mengikut orang yang digodanya.


Orang yang level biasa-biasa godaannya supaya meninggalkan ibadah. Tapi untuk yang level ulama ni, goda tinggalkan ibadah tak berkesan.


Lalu digoda dengan melahirkan rasa ujud dalam diri si ulama. Mulalah rasa diri sendiri paling baik, yang paling alim, paling kuat beribadah.


Kemudian bila berjaya, digodanya supaya lahir rasa dia paling Islam. Orang lain semua jahil, semuanya munafik dan kafir. Cuma dia sempurna.


Ada juga mereka yang digoda untuk menutup mulut bila berlaku maksiat yang menguntungkan mereka. Rasuah ke, fitnah ke, qazaf ke, asalkan saja mereka untung, mereka akan diamkan.


Hari ini ramai mereka yang bergelar atau gelarkan diri sendiri ulama tewas kepada godaan begini. Kerana itu budaya Khawarij dan takfir subur dalam negara kita. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.