Gino Marvela
Pada awal September bulan lepas GM dh beritahu kenapa beras tempatan meruncing sedangkan harga tak naik. Yg harga naik utk beras import saja.
Pada penulisan tersebut, dah cakap jelas ada pemborong/pengilang yg sekat hantar beras tempatan ke pengedar/penjual...dah beritahu ada pengilang yg campurkan beras tempatan ke dalam plastik beras import demi mengaut lebihan keuntungan. Kalau pengedar/penjual order beras 10tan, yg dapat 2-3 tan saja.
Tapi sapa yg nak dengar ? Ada Mat Sabu dengar ?
Dia hanya dengar pegawai "deep state" saja. Apa yg pegawai tu kata, maka Mat Sabu ikut saja tanpa menyiasat lebih.
Hari ini bila kerajaan umum ada jawatankuasa khas yg akan menyiasat isu beras tempatan, berderai pengilang cuba turunkan harga dan jika di dapati terdapat beras tempatan di campur dgn beras import atau tukar kampit, tindakan segera akan di ambil.
Sebab itu bang Mad Sabu, lain kali suluh sikit kami yg menulis probono ini. Kadangkala kami di lapangan mmg menerima beberapa maklumat.
Dalam beberapa jam lepas tadi GM ada menulis dgn kos RM70k baik pulih/ubahsuai tandas bawah KPM...berlakunya kes penipuan. Hanya tukar kepala paip dan cat saja. Kadangkala ada sekolah repair hanya satu dua tandas saja. Bila di tanya PPD kenapa repair tandas banyak tu saja...dia salahkan ke guru besar/pengetua sekolah. Bila tanya sekolah, ternyata kos pembaikan tandas hanya dari duit PIBG.
Minta KPM dan menteri masuk campur audit setiap projek yg dah siap. Kita tak mahu masih ada Napoleon kecil yg asyik nak baham rasuah.
Usah kata tak ada, kelak silap haribulan wujud pula jawatankuasa khas siasat dan audit RM70k itu sebagaimana isu beras bulan lepas.
Hari ini dah mula dengar gula & tepung di sorok. Itu juga GM telah tulis, awal tahun hadapan menjelang Ramadhan, saban tahun akan ada manipulasi sektor ayam, telur, gula, tepung.
Minta jabatan kementerian terbabit, sentiasa peka. Rakyat dh muak dgn perangai pengilang & pengedar sorok barang semata nak wujudkan kenaikan harga ketika permintaan meningkat.
Bakul & program Rahmah perlu di teruskan. SPRM perlu masuk campur, apabila terlibat sorok barang...lesen & pendaftaran perlu di tarik & senarai hitam.
Kita wahai kerajaan PH & perpaduan, wajib jadi keras sikit. Selagi mana kita bertindak utk rakyat dgn baik, rakyat akan sokong.
Isu kenaikan ringgit, isu FDI & ekonomi...itu kita bincang di hari lain. Yg perlu kerajaan tumpukan depan mata, sektor pertanian & makanan negara. FDI, ekonomi, pelaburan mikro, nilai ringgit tetap akan di teruskan.
Rantaian dalaman itu yg perlu di perbaiki terlebih dahulu.