ANAK KECIL MAIN API

 

Bila perkerjaan dan perniagaan dikuasai org asing





Beberapa hari ini sering terlintas di Tik Tok mengenai warga asing. Pada mulanya saya tidak bersetuju dgn tindakan Ustaz Sofian tetapi kini tidak lagi malah sgt menghargai apa yg dia lakukan.


Mana tidak jika dahulu peluang pekerjaan anak2 tempatan habis dirampas ‘org asing’ kini perniagaan juga dirampas oleh ‘warga asing’. Ia malapetaka sbnya kita di sini memerlukan pekerja asing tetapi bukan peniaga asing.


Malah mereka semakin berani mencabar org Melayu dgn mengatakan bangsa ini malas di sosial media. Lebih membuatkan saya berang apabila melihat PBT2 seperti pejam mata perkara ini berlaku di kawasan2 mereka.


Yg mereka ganggu peniaga2 Melayu tetapi warga asing seolah olah diberikan layanan istimewa… kenapa? Jika tanya org ramai mereka berkata ‘sudah dibayar’… saya berharap itu bukan alasannya.


Saya mula tidak berkenan dgn kehadiran warga asing apabila peluang pekerjaan utk warga tempatan telah diambil alih mereka hampir sepenuhnya di Lembah Klang. 


Dahulu selepas SPM anak2 tempatan akn bekerja sementara di Seven E, restoran2 dan hotel tetapi kini ia dipenuhi warga asing terutama warga Bangladesh.


Sepatutnya warga asing hanya dibenarkan bekerja di sektor pembinaan, pelandangan, pertanian dan perkhidmatan. Kilang, hotel dan kedai serbaneka sewajarnya kerajaan benarkan hanya utk warga tempatan atau nisbah 80-20. 


———————————————————————————


SALAH SIAPA?


Dalam soal ini salah siapa? Dasar kerajaan dahulu? PBT? Sikap warga tempatan yg Ali Baba kan lesen perniagaan? Atau sikap anak2 muda Melayu yg tiada disiplin bekerja hingga menyebabkan majikan lebih gemar menggunakan pekerja asing?


Bagi saya baik kerajaan, PBT, pemegang lesen perniagan dan sikap pekerja Melayu bertanggungjawab membuatkan jutaan warga asing terus masuk ke negara ini.


Demand warga asing telah membuatkan warga asing dari Bangladesh berduyun duyun dtg utk bekerja dan warga Pakistan dtg utk berniaga. Apa yg tinggal nanti utk generasi anak2 kita?


Jika polisi dan sikap PBT terus sebegini (pejam sebelah mata )… jgn terkejut negara ini nanti dipenuhi warga asing yg menguasai ekonomi negara. Lihat apa terjadi skg di sekitar Kotaraya dipenuhi warga asing.


Anak2 muda jgn malas bekerja dan bekerja lah dgn disiplin. Jika tidak apa yg kamu lakukan skg hanya akn membawa kehancuran ekonomi negara pada masa akn dtg. Ini baru dinamakan Anak Kecil Main Api.


Saya ingin ucap tahniah kpd Ustaz Sofian yg telah membuka mata rakyat Malaysia. Keberanian Ustaz Sofian wajar dipuji oleh kita semua di mana sepatutnya PBT tempatan yg lalukan.