Kita sebagai lelaki la kan, katakanlah kita buat baik kepada seorang perempuan ni, kita layan elok-elok, belikan hadiah, sekali dia pilih orang lain. Apa perasaan?
Nak tambah pedih, dia hina pulak kita. Dia kutuk kita macam-macam, yang bukan -bukan. Siap reka fitnah lagi. Kalau kita boleh sabar, memang hebat la. Ye tak?
Katakanlah satu hari perempuan tu jumpa kita, rayu minta tolong, hidup susah tak makan, suami dia tak pedulikan dia, minta simpati, apa kita akan buat?
Tolong mungkin tolong tapi minimum. Selebihnya tu usahalah sendiri. Dulu hina kita, maki kita, fitnah kita macam-macam, hari ni menagih simpati. Kalau setakat tolak tu ok lagi. Tapi siap dengan hina dan fitnah. Awak ingat saya ni batang pisang ye?
Sebab tu aku heran bila orang yang hina PMX, dok salahkan PMX sebab tak beri bantuan bila dilanda bencana. Sedangkan sebelum ni, dia paling kuat hina PMX. Guane boh?
Raja Gelap II
.