VINCENT TAN x SANUSI
Pertama kali dalam sejarah Malaysia, Vincent Tan saman Menteri Besar. Tak lain tak bukan, Menteri Besar Kedah.
VT bukan saja minta tuntutan maaf. Sekali mintak pampasan RM200 juta. Sebelum masuk Mahkamah.
Sanusi masa tu kata dia akan dedah banyak bukti lain pasal VT. Dan dia takkan mintak maaf.
Makanya, hadaplah saman di Mahkamah.
Dah masuk Mahkamah, tetiba dia claim. Dia tak mengata pun VT atau Berjaya tu korup. Mana ada pun. Yang dia kata Kerajaan Negeri yang salah… pulak dah 😂😂😂😂
Tengoklah Pendekar sorang ni, pancit sebelum mula kes. Kena pada Tokeh Cina, kona pulak.
Sahih2 dia sebut, Vincent Tan dapat tanah dan projek berbilion sebab “Menteri Besar cokia” bela dia.
***********************
Pada Sanusi, yang beri tak salah. “Penerima” saja yang dia hentam 😅 tambah kalau “penerima” musuh dia.
Ingat dulu sebelum PRU, bersepah gambar MB Terengganu dengan VT naik kapal mewah. Tu bukan level bela ya, tentuan. Itu bersiar2 bersama tokeh namanya. Pembaris pohon ulang baca.
Politikus sorang ni bahaya. Propaganda mastery dia level lain. Tapi percayalah, takkan bertahan lama.
Sebagaimana dia kena buang sekolah dua kali, kantoi beli Raptor ketika PKP, eventually orang akan tersedar juga.
Jadi pemimpin ini bukan hanya untuk hentam orang lain semata2. Macam mana kita nak percaya dia mengetuai negara kalau mulut pun berpuaka. Mencarut sini sana.
Tu sebab orang dulu2 cakap, kerana pulut santan binasa…
Salam hormat,
Liyana Marzuki