Nur Jazlan dinasihat muhasabah diri

KUALA LUMPUR - Tanggapan Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed serong terhadap sebanyak 145,000 perwakilan UMNO adalah tidak adil dan merupakan dakwaan yang serius. 

Bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Aminah Abdullah berkata, Nur Jazlan perlu bermuhasabah diri dengan meletakkan kepentingan parti melebihi kepentingan peribadi.
Berikut adalah kenyataan penuh Aminah berhubung perkara itu:

Nur Jazlan perlu mohon maaf kepada kesemua 145,000 perwakilan UMNO di peringkat bahagian kerana telah memperlekehkan maruah mereka di khalayak ramai. Nur Jazlan telah memberi tanggapan bahawa kesemua 145,000 orang ini hanya memilih pemimpin yang mengamalkan politik rasuah.

Nur Jazlan perlu sedar bahawa kekalahan beliau adalah kerana sikapnya yang kurang disenangi oleh ahli-ahli UMNO. Wang bukanlah faktor kekalahan beliau sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO. Nur Jazlan perlu muhasabah diri serta meletakkan kepentingan parti melebihi daripada kepentingan peribadi.

Nur Jazlan secara sukarela perlu menghadap Lembaga Disiplin kerana beliau telah memperlekehkan 145,000 perwakilan dengan amalan politik rasuah. Ini satu dakwaan yang amat serius dan tidak perlu hingga dipanggil bagi membuktikan beliau seorang ahli UMNO yang berjiwa besar.

No comments: