Oleh MOHD ALI HASHIM / November
21, 2021
Sekiranya Melayu tidak
‘reform’ maka apa yang dibuat oleh Pakatan Harapan (PH), itu semua akan didakwa
dari DAP dan adalah sukar bagi Melayu PH untuk menang sama ada dalam pilihan
raya negeri (PRN) maupun Pilihan Raya Umum (PRU).
Oleh kerana itu, kata
Pengarah Komunikasi AMANAH Negeri Pulau Pinang, Dr Zaidi Zakaria terdapat dua
perkara yang relevan dan signifikan bagi PH iaitu anti Cina atau DAP dijadikan
faktor penyatuan Melayu-Islam oleh Umno, Bersatu dan Pas.
Manakala itu kata beliau, orang Melayu-Islam pula melihat PH tidak menjuarai atau ‘championing’ hak-hak dan kepentingan Melayu.
“PH perlu mengkaji
dengan teliti menjuarai ataupun ‘championing’ hak-hak mahupun kepentingan orang
Melayu.
” Sebetulnya, sekiranya
MCA ataupun Gerakan bercakap hal sensitif bab Melayu dan Islam kini, ianya
kurang diambil peduli, sebaliknya jika perkara yang sama diperkatakan oleh Dap,
ianya akan diperbesarkan bagai hendak runtuh gunung.
” Dalam konteks umum,
akademik ataupun sudut syariah banyak perkara menyentuh bab Islam dan Melayu,
pendekatan yang diambil oleh PH adalah betul, walau bagaimana pun ianya mudah
untuk dimenangi oleh Umno, Pas dan Bersatu,” ujar beliau ketika dihubungi.
Sejajar dengan itu tegas
beliau, semua tindakan yang dilakukan mengaitkan Cina dan DAP, ia akan
diputarbelitkan oleh Umno, Pas mahupun Bersatu.