KEMENTERIAN PENDIDIKAN PATUT HANTAR PEGAWAI BERSAMA SPRM. DATANG LAH MELAWAT KE ULU TEMBELING DIMANA KONTRAKTOR DAKWA KOS SAMPAI CECAH 30K....KUALITI TANDAS MACAMANA ? SILA DATANG. JANGAN BANYAK LENA..


Yeong Syefura





Hari ini saya telah melakukan pemeriksaan mengejut ke sebuah sekolah untuk melihat hasil kerja kontraktor untuk projek baik pulih tandas. Setiap sekolah menerima Rm70 ribu untuk membaik pulih tandas-tandas pelajar yang rosak. 


Hasil pemerhatian saya adalah amat mengecewakan. Saya faham nilai rm70 ribu bukan nilai yang besar namun ia juga bukan jilai yang terlalu sedikit,  apakah kontraktor ini mengambil kesempatan dengan tidak membuat kerja sebaik mungkin? Ini baru 2 keping gambar yang saya letak kan disini. 


Ada pelbagai isu yang saya lihat dalam pemerikasan tersebut yang perlu diambil tindakan segera oleh pihak kontraktor dan pihak PPD. 


Saya akan membuat pemantauan tandas-tandas ini di sekolah-sekolah lain juga. Saya tidak akan bertolak ansur dengan pihak yang memandang ringan akan isu ini.