BILA ALLAH SWT GUNA PERKATAAN KAFIR?


Che Ibrahim


Dalam Al Quran, hanya 2x Allah menggunakan perkataan "kafir" kepada orang bukan Islam, selebihnya Allah guna perkataan 

- Wahai manusia

- wahai anak Adam

- wahai hamba Ku dll


1. Dalam surah Al Tahrim ayat 7:


يا ايها الذين كفروا لا تعتذروا اليوم إنما تجزون ما كنتم تعملون.


( wahai puak kafir janganlah kamu berdalih dalih untuk berlepas diri pada hari ini(hari khiamat), sesungguhnya kamu akan dibalas mengikut apa yang telah kamu lakukan).


Maknanya di hari pembalasan nanti, di mana tidak ada lagi peluang kedua untuk manusia jenis ini untuk membela dirinya, lalu Allah gunakan kalimah "kafir" kepada puak ini kerana peluang untuk mereka kembali beriman telah tertutup atau telah tiada lagi. 


2. Dalam surah Al kafirun


قل يا أيها الكافرون.....لكم دينكم ولي دين 


(Wahai orang kafir..... Bagi kamu agama kamu bagi aku agama aku)


Maknanya perkataan "wahai puak kafir" hanya diguna di kemuncak urusan dakwah apabila puak ini sudah tidak ada ruang lagi untuk didakwah, penentangan mereka sudah berada ditahap paling kemuncak sehingga mereka menawarkan utk bergilir gilir menyembah tuhan.... aku sembah tuhan mu setahun, tahun berikutnya mu sembah tuhan aku pula setahun, lalu Allah perintahkan kepada Nabi Muhammad saw:

"Katakanlah kepada mereka.... wahai orang orang kafir, kami tidak akan sembah apa yang kamu sembah Dan kamu tidak akan sembah apa yang aku sembah....." 


Kalaulah tidak ada perintah Allah ini dengan khitab.... "Wahai orang orang kafir" @ قل يا ايهاالكافرون ... barangkali Rasulullah saw masih terus dgn istilahnya:

"wahai bapa saudara ku",  

"wahai kaum ku", 

"wahai manusia"  

ketika bercakap dengan musyrikin Mekah dan lain lain puak bukan Islam. 


Oleh itu dakwaan kita perlu guna perkataan "kafir" kepada orang bukan Islam kerana itulah istilah yang Allah panggil adalah satu pembohongan yang lahir dari kebencian dan permusuhan yang tidak berasas sedangkan ianya bukan dari ajaran Islam.