Tiada lagi maklumat tentang mamat ini kecuali sebagai wakil WP dalam Muktamar PAS 60 dan doa laknatnya. Cari atas nama Azahar Yaakub, jumpa ini:
ORANG YANG SAMA? |
Syarikat konsultansi ini menjalankan beberapa program dengan agensi yang dikawal oleh Kerajaan @ BN, termasuk IPT (Detail di sini).
Oleh kerana itu Yong faham kenapa dia tak guna nama sebenarnya dalam PAS. Jika tersebar, kemungkinan besar sumber rezeki syarikat konsultansi ini terjejas.
Sudah tentu dia amat memahami karektor UMNO dalam memilih syarikat konsultansi untuk membuat program motivasi, etc. Kalau syarikat itu menjurus pada pembangkang, siaplah kau!
Dia tahu UMNO itu jenis apa kalau dapat kuasa. Boleh dikatakan hampir semua ahli PAS faham apa makna kezaliman. Tetapi mamat ini cakapnya menentang dasar BN, tetapi memilih untuk tidak memahami mengapa dua orang ADUN PAS memihak kepada PR (DAP dan PKR). Kenapa masih mahu menyokong:
PAS 15 + UMNO 12 + BEBAS 1 = 28?
Kecuali dia ada agenda sendiri...
Kedua ADUN PAS itu cuba menyelamatkan situasi Kerajaan Selangor jatuh kepada BN melalui kerjasama seperti di atas!
Seorang pakar motivasi (dia mengaku master trainer), sudah tentu tahu perbezaan antara dogmatism, dan motivation.
DARI YONG SUKA KUNING