Projek naik taraf LRA Sungai Limau gagal disiapkan oleh kontraktor asal sehingga penamatan kontrak pada April 2025.



Lawatan kerja YB Tuan Haji Akmal Nasrullah hari ini, antaranya meninjau perkembangan projek infrastruktur naik taraf Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Limau di Baling dan LRA Bukit Selambau di Kuala Muda.
Projek naik taraf LRA Sungai Limau gagal disiapkan oleh kontraktor asal sehingga penamatan kontrak pada April 2025. Proses tender semula telah diambil alih oleh Kerajaan Persekutuan bagi memastikan projek ini diteruskan dan disiapkan segera demi manfaat penduduk setempat, sektor perniagaan dan pembangunan kawasan sekitar.
Sementara itu, projek LRA Bukit Selambau yang kini mencatat kemajuan fizikal 51.28% turut dipantau rapi dengan tindakan susulan telah diambil terhadap kontraktor bagi memastikan pelaksanaan projek berjalan lebih efektif.
YB Menteri sangat tegas dalam memastikan projek rakyat begini mesti siap dan tidak terbengkalai kerana setiap wang rakyat perlu sampai manfaatnya.





 

No comments: