JANGAN KHUWATIR

 




Seminggu dua ini hangat dengan cerita kedudukan kerusi PKR.. Dari analisa kerusi yang dilihat teruk sehingga cerita perpindahan nama-nama besar dalam PKR untuk bertanding di kerusi selamat.. Mahu tak mahu ini hakikat antara tradisi PKR yang tidak disedari ramai..


Sudah sampai masanya pimpinan berhenti mengerah keringat anggota bawahan semata-mata untuk memastikan beberapa nama besar terus selesa di “kerusi selamat”.. Anggota parti turun ke bawah mempertahankan parti ketika susah, bukan untuk melihat budaya mencari jalan mudah terus diraikan apabila parti berada di puncak kuasa..


Kalau benar analisis kerusi PKR hari ini semakin membimbangkan, maka yang perlu berubah ialah strategi dan kepimpinan.. Jangan setiap kali rakyat mula menolak, penyelesaiannya hanyalah memindahkan sosok pemimpin tertentu dari satu kerusi ke satu kerusi demi menyelamatkan karier politik masing-masing..


Isu cadangan Nurul Izzah ke Batu, kemudian dikaitkan pula ke Bandar Tun Razak, dalam masa sama muncul pelbagai nama lain mahu berebut kerusi, hanya menambahkan persepsi bahawa perjuangan reformasi semakin jauh daripada denyut nadi rakyat biasa. Anggota di akar umbi bukan mesin politik yang boleh diperah setiap musim pilihan raya..


Kalau ada pemimpin yang gagal mempertahankan sokongan rakyat, maka berilah ruang kepada generasi baharu.. Parti reformasi tidak boleh takut kepada proses pembaharuan.. Jangan hanya bercakap tentang perubahan kepada negara tetapi gagal melaksanakan perubahan dalam parti sendiri..


Kini ada cadangan Datuk Seri Anwar untuk bertanding di Ampang meninggalkan Tambun, Zafrul di Pandan meninggalkan K.Selangor, Amiruddin di Selayang meninggalkan Gombak dan Ramanan serta Fuziah cuba nasib di Batu..


Datuk Seri Anwar Ibrahim juga perlu mempertimbangkan untuk kembali ke Permatang Pauh.. Di situlah maruah perjuangan ini dibina.. Jangan biarkan Permatang Pauh sekadar tinggal nostalgia sejarah ketika rakyat dahulu sanggup berkorban demi sebuah idealisme bernama reformasi..


Kalau tidak, Deklarasi Permatang Pauh akhirnya hanya akan tinggal sekeping kertas retorik, indah dibaca ketika ceramah, tetapi janji dan semangatnya semakin dinodai oleh budaya mempertahankan kuasa serta perebutan kerusi sesama sendiri..


Razeef Rakimin

Ketua Cabang PKR Tuaran




No comments: