𝗡𝗜𝗞 𝗭𝗔𝗪𝗔𝗪𝗜 𝗣𝗔𝗦 𝗛𝗜𝗡𝗔 𝗦𝗔𝗛𝗔𝗕𝗔𝗧 𝗕𝗘𝗦𝗔𝗥 𝗡𝗔𝗕𝗜 '𝗛𝗢𝗕𝗜 𝗕𝗘𝗥𝗭𝗜𝗡𝗔' 𝗗𝗔𝗡 '𝗣𝗘𝗠𝗘𝗥𝗔𝗦 𝗢𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗠𝗜𝗦𝗞𝗜𝗡' 𝗗𝗜 𝗭𝗔𝗠𝗔𝗡 𝗝𝗔𝗛𝗜𝗟𝗜𝗬𝗬𝗔𝗛

 





✍️ Ahmad Mursi


1. Nik Zawawi yang juga Ahli Majlis Syura Ulama PAS dan MP Pasir Puteh bawa cerita palsu menghina sahabat besar Nabi SAW.
2. Pemuda PAS sibuk ajak report polis dan berdemo menuduh PMX derhaka kepada Raja, sedangkan isu menghina sahabat Nabi SAW ini jauh lebih dahsyat. Isu inilah yang sepatutnya berdemo besar-besaran dan buat laporan polis beramai-ramai.
3. Kata Nik Zawawi: Saidina Abu Bakar “bapak ceti”, kaya sebab peras orang miskin zaman jahiliah. Saidina Umar pancung leher orang yang pijak khufnya (stokin kulit). Kalau isteri orang cantik di Mekah dan dia mahu, dia pergi ambil sahaja, kalau anak dara lebih lagi. Berzina adalah hobi Umar. Zaman jahiliah, syaitan dan Umar sama. Uthman, Ali dan Hamzah juga begitu (jahatnya di zaman jahiliah).
4. Sandaran ceramahnya? “Trust me bro.” Ini penglipur lara, mereka-reka cerita untuk bagi ceramah sedap didengar.
5. Ini antara sebab saya cukup benci ustaz dan ustazah yang berceramah motivasi tetapi tidak bersandarkan nas yang sahih khususnya apabila berkaitan hal ghaib, sirah dan kisah para sahabat.
6. Sebelum ini Haji Hadi gunakan mimpi dan katakan muka Nabi SAW hitam.
7. Saya jadi sangat kritikal dan sentiasa mahu tahu sumber nas yang dirujuk supaya tidak menyesatkan orang ramai.
8. Kalau orang seperti Nik Zawawi boleh jadi Ahli Majlis Syura Ulama PAS, cuba bayangkan betapa rosaknya pemikiran ahli PAS yang tidak mengaji agama di medan yang bebas daripada indoktrinasi politik.
9. Banyak kitab sejarah menyebutkan Abu Bakar al-Siddiq tidak minum arak pada zaman jahiliah. Beliau seorang peniaga kain. Malah ada dalam hadis apabila beliau mahu berhijrah ke Habsyah, seorang pembesar kafir Quraisy Ibn al-Daghinnah memberi perlindungan kepadanya dan berkata: “Orang seperti Abu Bakar tidak patut diusir. Dia menyambung silaturrahim, membantu orang susah, memuliakan tetamu dan menolong orang yang ditimpa musibah.” (Sahih Bukhari)
10. Itulah reputasi Abu Bakar yang dikenali masyarakat Mekah walaupun oleh pemimpin kafir Quraish. Ada rupa pemeras seperti yang digambarkan Nik Zawawi?
11. Ali ibn Abi Talib yang dikata jahat pada zaman jahiliah pula diasuh oleh Baginda Nabi SAW sejak sebelum kenabian dan merupakan kanak-kanak terawal memeluk Islam ketika berumur 10 tahun. Bila masa beliau sempat jadi “jahat”?
12. Apabila berhadapan dengan cerita rekaan seperti ini, orang awam sewajarnya lebih kritikal dan menuntut penceramah berikan sumber rujukan nas, tidak kira walaupun ustaz itu berserban, berjubah dan memakai gelaran ulama pada dirinya.
See less





No comments: