MAHIADDIN DAN HADI- CABARAN RAFIZI TU- HANGPA NAK DEDAH APA ...??? KES 600 BILLION ATAU BAYAR KE PEGUAM ATAU BANYAK LAGI LCS, BELI SENJATA TAK SAMPAI, BELI MERIAM,???

 

‘Pecah rekod saya masuk lokap’, Rafizi minta PN jadi pembangkang baik, dedah seleweng.




Rafizi Ramli memuat naik klip video berdurasi hampir 10 minit di TikTok mengenai kerajaan perpaduan selepas mengunci mulut sejak PRU15.

PETALING JAYA: Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli mencabar Perikatan Nasional (PN) menjadi pembangkang yang baik, dengan mengambil alih peranannya dahulu dalam membongkarkan sebarang penyelewengan dalam kerajaan.

Dalam pendedahan di aplikasi TikTok malam tadi, menteri ekonomi itu turut mencabar PN agar memecahkan rekod beliau yang disaman sebanyak 16 kali, selain berkali-kali dimasukkan ke lokap disebabkan pendedahannya.

“Yang jadi pembangkang seperti PN, jadilah pembangkang yang baik… kalau ada penyelewengan di sebelah kami, bongkarkanlah seperti apa yang saya buat dulu.

“Kalau boleh sampai pecah rekod saya masuk lokap berkali-kali dan sampai kena saman 16 kali,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sebuah klip video berdurasi hampir 10 minit yang dimuat naik di TikTok, selepas beliau mengunci mulut sejak keputusan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) pada 19 Nov diumumkan serta terbentuknya kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim.

Sementara itu, Ahli Parlimen Pandan itu meminta PN yang enggan akur titah Yang di-Pertuan Agong agar bersama membentuk kerajaan perpaduan supaya berbahas secara berilmu dengan membawa idea di Parlimen.

“Bahaslah secara berilmiah dengan baik membawa idea di Parlimen,” katanya.

“Nasihat saya kita utamakan rakyat, yang jadi kerajaan seperti saya, rakyat akan menilai setiap gerak-geri kita. Ini masa untuk bekerja siang dan malam melaksanakan semua idea yang kita pernah ada sebelum ini,” katanya.

Dalam pada itu, Rafizi turut mendakwa PN marah mengenai pembentukan kerajaan perpaduan kerana gagal mencuri sokongan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN).

“Kenapa PH membentuk kerajaan perpaduan bersama BN, Warisan, GPS dan GRS? Kegagalan PN dalam episod curi ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan menyebabkan mereka naik marah.

“Macam-macam mereka panggil, kerajaan zina, luar tabii dan perkara ini akan berterusan dalam beberapa minggu akan datang,” katanya.

Semalam, Rafizi, salah seorang tokoh PH yang merundingkan pembentukan kerajaan perpaduan berkata, rundingan itu tidak “cantik”.

“Tapi bising di luar,” katanya di Twitter.

Beliau adalah antara lapan orang Ahli Parlimen PH yang dinamakan sebagai anggota Jemaah Menteri pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada Jumaat.

Jemaah Menteri Anwar dianggotai 15 Ahli Parlimen PH, enam daripada BN, lima daripada Gabungan Parti Sarawak, seorang daripada Gabungan Rakyat Sabah dan seorang lagi Ahli Parlimen yang bukan ahli mana-mana parti.


No comments: