JANJI TERBARU BN.KALAU TAK JANJI TAK MENANG



NORMAN RADZUAN.

JANJI TERBARU BN

MA63 janji2 pemimpin Malaya kpd rakyat Sabah

KALAU TAK JANJI TAK MENANG

Janji janji… kalau tak janji tak menang. Inilah dia politikus Malaysia tak kira yg segak berkot bertali leher atau berkopiah dgn jubah… cakap memang murah.

Dari PRU ke PRU pemimpin2 Malaya berjanji perhalusi MA63 tapi hingga skg halus demi halus dah lebih halus dari kuman tidak juga terlaksana.

Pemimpin2 dari Sabah pula yg menjerit akn perjuangkan MA63 sewaktu kempen pilihanraya tetapi bila dilantik menjadi Menteri diam seribu bahasa.

Beberapa bulan lalu Ismail Sabri ketika hadir ke Sabah berjanji akn perhalusi isu MA63. Beberapa hari lalu giliran Zahid di Konvensyen BN Sabah di depan rakyat Sabah berjanji akn laksana sepenuhnya MA63. Bertepuk tangan la rakyat Sabah dgr janji demi janji perhalusi demi perhalusi.

Dengar boleh percaya jgn. Jika rakyat Sabah bijak sepatutnya bertanya kembali kpd Zahid… ketika ini Perdana Menteri Malaysia daripada Barisan Nasional. Apa masalahnya utk dilaksanakan MA63 ini???

Kerajaan skg bukan PM dari PH dan juga bukan dari PN. Bukan Anwar bukan Muhyiddin. Jadi apa masalahnya? Nak kena tunggu Zahid jadi PM? Dah lebih 60 tahun apa BN buat? Kasi bagus dulu jalan Telupid Ke Sandakan yg dah macam jln kampung dari nak bicara soal MA63.

Zahid ini mahu segerakan PRU15 hanya kerana kes mahkamahnya. Dia gunakan partinya utk selamatkan dirinya dari dicampakkan ke penjara.

Dlm masa sama UMNO dikatakan alami perpecahan yg agak serius. Lucu di Whatsapp ada ‘cai’ bayangan saf pimpinan UMNO selepas pemilihan yg dinafikan oleh Annuar Musa.

Tanya saya cai ini boleh jadi jika Najib dan Zahid ke penjara. Tapi jika sebaliknya senarai cai ini tidak lagi memegang jawatan sebagai Perdana Menteri, Menteri…malah ada nama2 mereka yg tidak disenaraikan utk bertanding PRU15 nanti.