ANIH JANGAN BUAT ANEH PULAK..JALAN DI LEBUHRAYA KARAK LOBANG BANYAK...KENA BAIKI LA SEBAB JALAN BERBAYAR

 

ANIH jangka lebih 2 juta kenderaan di KLK, LPT1 sempena cuti Aidiladha





Sejumlah 1.648 juta kenderaan dijangka akan menggunakan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, manakala 704,000 lagi di Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Sejumlah 2.352 juta kenderaan dijangka menggunakan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1 (LPT-1) sempena cuti Aidiladha bermula 8 hingga 11 Julai ini.

Menurut Pengurus Besar Kanan ANIH Berhad Radzimah Mohd Radzi, sejumlah 1.648 juta kenderaan dijangka akan menggunakan KLK, manakala 704,000 lagi di LPT1.

Katanya, penambahan itu disebabkan pengguna ingin memanfaatkan cuti untuk pulang ke kampung bersama keluarga dan menyempurnakan ibadah korban.

“Berdasarkan trend hujung minggu yang stabil sejak awal tahun ini, purata harian kenderaan pada hujung minggu di KLK adalah 161,000, manakala di LPT1 pula 65,000 kenderaan.

“Bagi meningkatkan tahap kesediaan pada musim perayaan kali ini, kita menambah petugas sebagai persediaan pengaktifan lorong-lorong tambahan jika berlaku peningkatan trafik,” katanya, menurut Berita Harian.

Radzimah berkata, mereka percaya pengguna kini lebih peka dengan persediaan diperlukan bagi memastikan perjalanan lebih selesa dan selamat menjelang sambutan Aidiladha.

“Perayaan Aidiladha adalah kali ketiga rakyat negara ini berpeluang pulang ke kampung halaman sejak negara memasuki fasa endemik tahun ini.

“Demi meningkatkan komitmen kami dalam menjamin keselesaan semua, Jadual Cadangan Perjalanan (TTA) tetap dikeluarkan sebagai peringatan di setiap musim perayaan,” katanya.

Pengguna boleh mendapatkan maklumat terkini lebuhraya KLK dan LPT1 dengan melayari laman sosial Lembaga Lebuhraya Malaysia/ANIH Berhad di Twitter @LLMTrafik @LPTTrafik dan Facebook@Lembaga Lebuhraya Malaysia @Lebuhraya Pantai Timur atau hubungi hotline LLM di 1800-88-7752 dan LPT 1-700-818-700.