APA MASAALAH DISPLIN KHAIRUDDIN ? RAKYAT DAN AHLI PAS NAK TAHU

 1..BENARKAH KES MEMBAWA JANDA 

2. INGIN MELAWAN HADI SENDIRI

3. MENYOKONG UMNO DAN TIDAK BERSATU .



Majlis Syura Ulama Pas

Pemecatan Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali sebagai Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas disebabkan masalah disiplin.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata pengguguran jawatan Mohd Khairuddin itu berkuat kuasa semalam.

Menurutnya, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Pas ekoran masalah disiplin bekas Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi itu.

“Oleh kerana pelantikan beliau (Mohd Khairuddin) (dalam) Majlis Syura (Ulama) oleh Jawatankuasa Pas Pusat, maka Pas Pusat membatalkan perlantikan itu.

“(Beliau) tak jadi Ahli Majlis Syura Ulama (kerana) nak jadi Setiausaha Majlis Syura Ulama mesti Ahli Majlis Syura, maka gugurlah (beliau) daripada Majlis Syura dan Setiausaha Majlis Syura,” dipetik BH.

Hadi berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan Kuliah Mingguan di Masjid Rusila hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata Mohd Khairuddin yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus kini hanya ahli biasa Pas.

“Kita akan melantik individu lain bagi mengisi kekosongan itu,” tambah Hadi lagi.

Pemecatan Mohd Khairuddin sebagai Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas itu tidak sampai sebulan dia digugurkan daripada Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat.

Sebelum ini, Mohd Khairuddin digugurkan sebagai Ahli Jawatankuasa PAS selepas kira-kira dua bulan dilantik memegang jawatan itu.

No comments: