HAMDAN TAHA
Hari ni saya bersembang dengan seorang sahabat baik bekas calun Pas dan jika ada PRU mungkin dia tetap masih calun
Ketika dia tanya apakah PRU dah dekat ke ?
Saya jawap agak agak saya tetap akan berlaku selepas bulan 7 kecuali zahid hamidi dan najib umum tarik sokongan terhadap Pm ismail sabri itu lain kisahnya
Saya tak nampak Bersatu dan Pas akan tarik sokongan kepada Ismail Sabri sebabnya jika PRU sekarang Najib dan Zahid masih menguasai Umno dan Bersatu tak nak BN menang dan memungkinkan zahid dan najib mengunakan kemenangan itu untuk Bebas
Bagi Muhideen dan Pas gayanya mereka lebih selesa selepas Najib masuk ke Dalam Sg Buluh dan itu boleh berlaku beberapa bulan dari sekarang selepas Mahkamah Persekutuan Buat Keputusan
Kemudian Kes Dato Zahid Pulak berjalan barangkali ambil masa 5 bulan dari sekarang jika di dapati bersalah zahid tak ada alasan lagi dah untuk kekal Presiden Umno
Jadi bagi saya pun elok lah PRU selepas bulan 7 ke atas atau selepas covid 19 ini dapat di kawal betul betul
Johor ni pun jika sebelum pernamaan calun kes jadi 50 ribu silap silap tangguh