PENJELASAN NEGARA TALIBAN - AFGHANISTAN DAN ISU SYAITAN BISU!

 




12 Februari 2022
1. Pegawai kepada Duta Khas PM ke Timur Tengah, Syahir Sulaiman telah menyatakan pertemuan Duta Khas Tan Sri Hadi Awang dengan pihak Taliban dari kerajaan Afghanistan tidak bermaksud mengiktirafkan kerajaan negara tersebut.
2. Kenyataan oleh Timbalan Presiden AMANAH, Salahuddin Ayub tempoh hari adalah untuk mengelak kekeliruan dan mendapat kepastian status jalinan antarabangsa dari Perdana Menteri adakah kabinet dan kerajaan Malaysia merestui pengumuman pemberian bantuan dan jalinan dengan kerajaan Afghanistan yang didirikan oleh Taliban.
3. Salahuddin juga menyatakan ini adalah supaya rakyat Afghanistan yang tidak berdosa dan banyak menderita akan terus menerima bantuan secukupnya tanpa komplikasi masalah kemudian hari apabila status kerajaan Afghanistan sudah sah.
4. Setakat ini tiada negara di dunia mengiktiraf Afghanistan kerana berhati hati apakah konsep kerajaan yang akan dibentuk adakah ia berteraskan demokrasi, mengamalkan hak asasi manusia dan aspek aspek keselamatan serta kemanusiaan lain yang kritikal diketahui terlebih dahulu. Menteri Luar Malaysia tempoh hari telah mengesahkan Malaysia belum mengiktirafkan kerajaan Afghanistan.
5. Pengumuman dan perjumpaan Duta Khas dengan wakil Taliban telah banyak menimbulkan tanda tanya dan kekeliruan yang perlu diberi penjelasan oleh pihak kerajaan.
6. Sehingga hari ini, Perdana Menteri dan kabinet masih membisu dan tidak memberi penjelasan berhubung soal terbabit. Semalam Abdul Hadi mengecam apa yang dikatakan sikap anti Taliban - Afghanistan oleh pihak tertentu.
7. Sebenarnya banyak negara, termasuk negara Islam lain, berhati hati kerana tidak jelas jenis, komposisi serta bentuk kerajaan Taliban Aghanistan yang akan di bentuk sebelum ianya boleh diiktirafkan oleh mana mana negara.
8. Ia tidak semestinya dilihat sebagai sifat anti Taliban atau Afghanistan. Ini adalah proses penilaian sebelum memberi pengiktirafan antarabangsa yang telah pun diamalkan secara meluas.
9. Abdul Hadi turut menyoal "mengapa Afghanistan ditakuti walhal Israel di normalisasi ?"
10. Beliau turut menyelar pihak negara yang bersikap demikian dan pro barat - penjajah serta berkata "bahkan, ramai yang menjadi Syaitan yang bisu"!
11. Isu syaitan yang bisu sebaiknya dijawab oleh PAS sendiri kerana mereka lama telah berjinak dengan kerajaan Barisan Nasional sejak pentadbiran Dato Seri Najib Razak lagi di mana pegawai kerajaan Israel dibenarkan hadir konvensyen di Kuala Lumpur berminggu lamanya dan kerajaan Malaysia turut membeli alat perisik canggih dari kerajaan Israel sebelum PRU 14 lagi.
12. Kami dari AMANAH telah berkali kali menimbulkan isu ini baik di Parlimen atau di luar, tetapi mengapa PAS walaupun masa itu maseh kononnya "pembangkang" membisu diri?
13. Setelah PAS menjadi kerajaan bersama dengan BN, PN dan MN, Malaysia telah menyertai dan menyokong EXPO DUBAI 2020 di mana Palestin telah menarik diri atas sebab penyertaan negara Zionis Israel.
14. Bukan itu sahaja, Timbalan Menteri MOSTI Ahmad Amzad Hashim dari PAS, telah dengan bangganya mendirikan billboard gergasi di Terengganu mempromosi EXPO DUBAI yang disertai oleh Israel dan diboikot oleh Palestin.
15. Kerajaan Malaysia, dengan PAS bersama di dalamnya, juga kelihatan kearah "menormalisasi" hubungan dengan Israel seperti rakan rakan Arab lain.
16. Bukan sahaja PAS membisu tetapi turut mempromosi EXPO Dubai 2020 yang disertai oleh Israel dengan rakan Arab baru Israel seperti UAE, Bahrain dan Mesir. Siapakah syaitan syaitan bisu yang dimaksudkan oleh Duta Khas tadi?
17. Kami harap penjelasan dari Perdana Menteri Malaysia akan di buat bagi membantu kekeliruan yang wujud tentang pendirian rasmi Malaysia terhadap kerajaan Taliban di Afghanistan.
18. Kami juga berharap satu penjelasan tentang sikap "syaitan bisu" yang ditimbulkan oleh Duta Khas ke Timur Tengah dapat diperolehi oleh PAS yang menjadi sebahagian dari Kerajaan Malaysia hari ini!
19. Apa gunanya menjadi sebahagian dari kerajaan Malaysia jika tidak boleh memecah " kebisuan" kerajaan yang di sertai dalam isu Israel ini ?
RAJA KAMARUL BAHRIN SHAH
Timbalan Pengerusi Biro Antarabangsa
Parti Amanah Negara (AMANAH)



No comments: