E-Wallet RM 50: PN ikut Guan Eng..
Ipohmali
Alhamdulillah, Sekali lagi hikmah tertubuhnya Kerajaan tebuk atap, Akhirnya Allah zahirkan Kebenaran untuk Lim Guan eng yang terfitnah selama ini,, Samalah dengan isu penanaman buluh sebelum ini kepada Teresa Kok…Kebenaran itu hadir dari tindakan dan pengakuan mereka yang mengfitnah itu sendiri.. watak utamanya Ulama jahat seperti takiri, Sedangkan mereka lah yang mencemuh selama ini..
Itu sebab aku kata sebelum ni, Kerajaan PN perlu dikekalkan sehingga hujung tahun ini, Sebab siri siri jawapan dari Allah ini adalah jawapan terbaik,dan hikmah terbesar buat PH . Siapa yang fitnah Lim Guan eng dan PH selama ini ? dari isu tanam buluh sampailah isu E-Wallet..ia bukan datang dari UMNO..kebanyakan fitnah ini datang dari orang agama, Ulama jahat dalam PAS sendiri..
Sepertimana semalam PM tebuk atap membentang pakej Rangsangan, Dengan Manafsirkan RM 50 E-wallet itu sebagai rangsangan penggunaan pembayaran tanpa tunai, Atau Cashless Society..begitu jugalah Lim Guan Eng meletakkan bayaran RM 30 itu dibawah tajuk “PAKEJ RANGSANGAN DIGITAL ” dalam belanjawan 2020.. Bukan sebagai bantuan Rakyat..
Tapi pelik, jahatnya ramai dari pemimpin PAS..sampaikan hat mengaku Pakar Ekonomi mainkan isu E-Wallet sebagai senjata Perkauman dan Agama.. Seolah olah ia bertujuan, usaha DAP mencuri Data peribadi, Menjadikan E-wallet kononnya sebagai alat musuh Islam.. fitnah ini disebarkan dalam group sekolah,Taman dan masjid..bertapa dahsyatnya fitnah mereka..
Lagi teruk Selama ini, Depa bandingkan pulak dengan bantuan Rakyat seperti BSH dan BPN.. Sedangkan apa kena mengena E-Wallet, atau Pakej Rangsangan Digital dengan Bantuan Rakyat.. Hakikatnya di bawah LGE, BSH masih ada, Ada My-salam..Ada I-Suri.. apa kaitan dengan Bantuan Rakyat.. ?
Sekarang Allah taqdirkan mereka sendiri terpaksa telan apa yang mereka fitnahkan sebelum ini.. Kita masih menantikan selepas ini fitnah mereka dalam siri siri seterusnya InsyaAllah..dari isu Mabuk, Arak, LGBT, LTTE,Sekolah Vernakular.. akan terjawab dengan sendirinya,,,
Tapi itulah Jahatnya Fitnah dan Mainan sentimen kaum dan Agama.. Dari Mufti ,sampai kepada agamawan.. Tu sebab Nabi bila ditanya akan kelompok Khawarij..Nabi ulangi 3 kali agar kita perangi kelompok ini.. sebab depa telah bawakan fitnah kepada Agama.. mereka ni sebenarnya perosak Agama..
Mereka Sangkakan mereka depa buat demi Islam..Demi Agama.. lalu depa fitnah kepada bukan Islam.. inilah perbuatan Zalim yg dilarang oleh Nabi ﷺ.. Nabi pernah sampaikan satu peringatan kepada mereka yang berlaku zalim ini..Hatta kepada Non Muslim.. Jangan ingat kemuliaan dan gelaran kamu akan menyelamatkan kamu dari kerja kerja jahat ini…
Sebagaimana Sabda Nabi ﷺ..
اتَّقُوا دَعْوَةَ الْمَظْلُومِ وَإِنْ كَانَ كَافِرًا فَإِنَّهُ لَيْسَ دُونَهَا حِجَابٌ…
“Takutlah kamu akan doa orang yang di zalimi sekalipun yang berdoa itu orang kafir kerana sesungguhnya tiada hijab yang menghalang (tiada pembelaan) di antaranya dengan Tuhannya (saat manusia yang dizalimi itu meminta kepada tuhannya).”
(riwayat Ahmad)