USTAZ VS USTAZ



Status ini khas untuk Ustaz yg saya hormati, Ust Jasrifuddin bin Putih. Maka orang yg tiada kaitan, tak perlu sentap.

Kepada Al Fadhil Ustaz Jasrifuddin yg saya hormati. Saya malas nak layan tuduhan tuduhan yg di mainkan sebelum ini, namun apabila batang tubuh saya dijadikan objek dan apabila status saya di share dengan ulasan yg kurang menyenangkan kemudian share tu di tarik balik dan diganti dengan print screen, nampak serius benar al fadhil ustaz menjadikan diri saya sabagai objek sasaran 'papan dart'. Sebelum ni hanya insan yg terkenal di inbox masenger sahaja yg suka menjentik dan mengusik saya.

Ustaz! status saya pendek, sepatutnya abaikan sahaja. Cuma bagi yg bertaraf ilmuan, jika mahu menjawab maka jawablah dengan tenang, jangan gopoh melabel. Jangan sekali kali kita memiliki 2 naskah hukum yg berbeza, kalau org buat semua 'haram', jika kita buat semua 'halal'. Jawablah dengan hujah bukan dengan label dan gelaran.

Saya ulang al fadhil ustaz, statusnya mudah jika dulu tak boleh, maka datangkan fakta dan hujah mengapa hari ini boleh. Kita berhujah secara fakta bukan gelar mengelar dan label melebel.

Dalam sebarang isu, (contoh ewallet) Ada 3 situasi dan tindakan yg boleh di ambil

1. Jika ustaz menyedari isu ewallet dan jual data peribadi dahulu merupakan satu kesilapan   "mereka" membangkang, abaikan sahajalah status ini supaya terlindung segala pekung.
("mereka" merujuk pada golongan yg membangkang dulu)

Bagi saya memang ewallet ini bertujuan untuk menyediakan platform pada rakyat bagi mendepani dunia maya yg semakin berkembang.  Sesiapa pun yg memperkenalkannya sama ada PH atau PN, ia sangat praktikal dengan suasana hari ini. Jika isu menjual data nak ditimbulkan, Sebelum ini pun kita telah meyerahkan data kita pada institusi kewangan, kad kredit, touch & go, grab, shopee, Lazada dan pelbagai platform lain. Maka dalam hal ini dulu saya sokong pemberian ewallet dan sekarang pun saya sokong pemberian ini. Walaupun nilai RM per orang,  kecil namun ia mampu merancakkan ekonomi nasional. Apatah lagi dalam kehidupan hari ini rakyat perlu membiasakan diri dan belajar berurusan atas talian

2. Namun jika ustaz merasakan bangkangan ewallet - jual data, dulu betul dan penjualan data ini perlu di tentang, maka teruskan untuk membantah penjualan data ini, tanpa mengira siapa yg memberinya.

3. Jika ustaz mahu mempertahankan orang orang yg kata "halal" sekarang maka datangkan hujah kenapa dulu tak boleh sekarang dah jadi boleh.

Berhujah dengan ilmu dan fakta adalah pendekatan para ilmuan sejak zaman berzaman. Ia termasuk dalam disiplin ilmu bagi para ilmuan. Kita tidak dijadikan seperti seekor unta yg sarat membawa kitab kitab besar dan muktabar namun gagal memanfaat kitab yang di tanggungnya.

Para ilmuan juga tak perlukan kismis minda untuk  melantunkan hujah. Allah anugerahkan pada mereka khazanah ilmu yg tersimpan dlm minda. Manfaatkan segala ilmu yg sarat dalam diri untuk berhujah bukan melabel.

Jangan sampai orang awam menganggap  ilmuan gagal berhujah, namun tak pernah gagal dalam melabel dan mercerca.

Apatah lagi tugas para ilmuan bukan untuk mengelar dan melabel. Biarlah tugas label melabel ini dilaksanakan oleh penyokong level bawahan bukan ilmuan yg sepatutnya menjaga kehormatannya di mata masyarakat.

Saya lebih terkejut bila melihat ruangan komen, seorang ilmuan yg saya hormati, sangat santun dalam kuliah, tiada bahasa kesat ketika menyampaikan kuliah tiba tiba terus menerus menggunakan bahasa kesat pada org awam. Masyarakat perlu sentuhan dari para pendakwah seperti ustaz. Pendakwah adalah doktor yg merawat, bukan musuh pesakit. Saya sangat berharap komen menggunakan bahasa kesat itu dipadamkan demi menjaga martabat orang yg berilmu seperti ustaz. Jangan pula berhujah seperti anak kecil - "dia mulakan dulu"... Jawapan Itu bukan standard para ilmuan dalam berhujah

Boleh rujuk status saya yang banyak di wall. Hanya sekali sekala saya mencubit dan mencuit. Pun begitu saya mengelak dari menggunakan bahasa kesat, melabel dan apa apa yg boleh mencemar keperibadian diri.

Akhirnya suka saya sebut, dalam politik demokrasi hari ini, banyak pendekatan politik hari ini adalah ijtihad. Jadi, untuk mengulas sebarang isu ijtihad ini, analisis isu perlu di buat.

Dua tahun lalu saya pernah menulis, bagaimana perlu mengulas sesuatu isu dipihak lawan kita. Jangan semua perkara kita bangkang dan jadikan isu kerana ia akan menjadi "backfire" kepada kita pada kemudian hari. Dan hari ini banyak isu yg digunakan sudah menjadi "backfire"..

"Kursus penerangan" itu, Boleh lihat di sini.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1934275139936539&id=100000622145168

Saya mohon maaf atas tulisan yg panjang ini. Saya tak layak untuk nasihatkan ustaz yg hebat dan berilmu. Saya hanya insan jalanan yang mencari redha tuhan.

SELAMAT HARI RAYA USTAZ, MAAF ZAHIR DAN BATIN

SUHAIMI MD SAAD
6. 06. 2020.