PAS YANG MALU DAN KANTOI


MSO





Keluyuran atau kegagalan himpunan Bangkit tajaan Pas dengan mengundang badut politik Badrul Hisham di perkarangan masjid Kampung Baru semalam benar-benar menjadikan Pas resah gelisah, sakit hidung, berair mulut dan senak perut. 


Kegagalan himpunan itu menjadikan jarum meter pelonjak Pas terhenti dengan tiba tiba dan terkesut ke belakang.


Apakah situasi itu merupakan indikator jelas bahawa arus hijau yang diledakkan parti itu dalam pilihan raya umum lalu sudah mula mengendur dan suhunya sudah mendingin kalaupun belum membeku. 


Atau pun situasi ini berlaku kerana penerimaan rakyat kepada kerajaan Madani makin memberangsangkan. Kemesraan dan kepedulian Anwar kepada rakyat kian diterima.


Jika rakyat cuak dengan kerajaan Madani pasti mereka berbondong bondong keluar melepaskan geram.


Jarang himpunan atau demostrasi yang dianjurkan mereka khasnya bersama PH dahulu dikecewakan oleh rakyat.


Khabarnya himpunan bangkit semalam dihadiri seramai 199 orang sahaja mungkin termasuk anggota polis mengikut laporan media massa. Jumlah itu jika diumpama kepada sebuah korperasi yang keahliannya 5,000, ia  tidak cukup korum. Jadi himpunan semalam tidak cukup korum lah…


Namun kerana sudah ada lori sebagai podium berucap disediakan dan badut politik sudah hadir dan diberikan nasi beriani dan sarbat Arab, maka acara itu diteruskan juga. Bertempik dan bertakbirlah badut-badut politik semalam yang suaranya disambut sang gagak ark…ark…arkkk…


Jelas kegagalan himpunan itu, kerana tidak ada sambutan daripada penyokong Pas kandatipun ia diseru panggil sendiri sendiri oleh Bullshit Amnya Hashim Jasin. Pak Adek jiran saya yang kuat Pas sampai kalau tidur berdengkur pun sebut nama Tok Dor juga absen semalam. Kegagalan itu tidak dapat diselindungi ia benar benar mengecewakan Pas. 


Kegagalan itu menekan jiwa Pas, dan ia bercadang untuk menebusnya dengan himpunan solidariti 6 Januari nanti. Mereka mengira dan berharap Isnin hadapan Putrajaya akan dipenuhi dengan warna hijau dan bendera bulan. 6 Januari akan dijadikan hari pembelaan maruahnya. Pagi tadi ketika selisih Pak Adek kata Pas akan balas dendam di himpunan solidariti.


Walaupun projek memberi sokongan kepada Najib itu projek para pengkagum dan pengharap saku Najib dalam Umno yang di hijack oleh Pas, tetapi atas nama politik dan untuk menebus kemaluan ekoran kegagalan bangkit itu Pas tetap juga berhimpun. Pas bercadang untuk jadi projek solodartinya itu sebagai projeknya.


Maksud ini terkandung dalam kenyataan Takiyuddin al Tembusi yang tidak akan menyemak seruan yang telah dibuat ke atas ahlinya agar hadir ke himpunan itu sebelum ini. Pas membuat kenyataan menjemput dan menggalakan ahlinya datang bersolidariti untuk Najib.


Sepatutnya Pas membatalkan hasrat itu kerana ia dibatal sendiri oleh empunya diri, Umno. Setiausaha Agung Umno Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam kenyataanya memberi tahu Umno tidak bercadang untuk meneruskan himpunan solidariti untuk Najib itu sebagai menghormati titah Yang diPertuan Agung dan juga larangan oleh pihak polis. 


Namun hal itu tidak dihirau Pas. Sikap Pas itu menunjukkan kedegilan parti berkenaan dan semacam ada usaha cuba  membantah titah Yang diPertuan Agong, hal ini terbayanag dalam kenyataan Takyuddin tersebut.


Kenyataan itu menunjukkan kedegilan Pas yang mahukan ahlinya tetap hadir pada 6 Januari nanti. 


Inilah perangai dan sikap Pas yang dianggap ekstrem dan tidak reti menghormati perlembagaan negara. Sikap dan behevior inilah menjadikan Pas menunju destruction. Trims.