Keputusan PH mengenai peralihan kuasa.



1.Kami sambut positif  keputusan PH malam tadi yang telah menetapkan secara rasmi bahawa peralihan kuasa PM ke 7 dan ke 8 akan dilakukan selepas APEC Nov ini.

2.Keputusan PH itu juga menggambarkan PH mengambil maklum gesaan kita dan rakyat umumnya bahawa peralihan kuasa adalah isu penting bagi kelangsungan ekonomi dan negara.Makanya keputusan dibuat dengan jelas malam tadi bahawa ianya akan dilakukan selepas APEC.

3.Walaupun kita menuntut ianya dilakukan sesuai dengan janji 2 tahun dan berlaku Mei 2020, kita akur dengan keputusan dan kebijaksanaan Majlis Presiden PH yang menetapkan ianya berlaku selepas sidang APEC November ini.

4.Keputusan PH itu juga adalah satu penegasan dan isyarat paling jelas bahawa komplot jahat untuk menggagalkan peralihan daripada berlaku yang cuba dilakukan oleh anasir luar dan dalam tidak diterima samasekali oleh PH.

5.Justeru, usaha undi percaya, pengumpulan SD untuk Tun Mahathir kekal satu penggal dan pelbagai lagi komplot jahat adalah sia-sia dan mesti dihentikan.Tumpuan harus kepada memacu ekonomi negara dan proses peralihan yang akan memantapkan usaha sepadu itu.

6.PH juga mesti tegas memastikan tidak wujud lagi kenyataan sumbang dari kalangan pemimpin PH sendiri seperti Timbalan Presiden PKR  yang cuba menidakkan dan menafikan proses peralihan daripada berlaku.

7.Kenyataan membodek PM dengan gesaan beliau kekal penggal penuh(fullterm) adalah datang dari pemimpin bermasalah yang mahu selamatkan diri daripada dakwaan jenayah dan tidak boleh dibiarkan berlaku lagi didalam PH selepas ini.

8.Gerakan Reformasi yang digiatkan semula oleh pendokong reformasi 1998 yang bermula Januari tahun ini akan diteruskan selepas ini dengan tumpuan untuk memastikan anasir2 jahat luar dan dalam yang terus mahu menggagalkan peralihan akan menghadapi tentangan tegas dan tanpa kompromi dari setiap pejuang perubahan,islah dan reformasi.

Mohamad Ezam Mohd Nor
22Feb 2020, 28 Jamadil Akhir 1441H