MENGAPA SI KITOL LARI DARI PC DAN APA YANG SI KITOL MAHU MAJLIS PRESIDEN LAKUKAN?



Patut la dia takde dlm PC selepas mesyuarat Majlis Presiden.  Rupa-rupanya dia kena sembur oleh Mat Sabu kerana cadangkan Tun M terus jadi PM sehingga habis penggal.  Korang dah nampak kan siapa paling tidak mahu Anwar jadi PM?   

Persetujuan peralihan kuasa selepas APEC itu memang awal lagi dipersetujui oleh Anwar.  Tidak pelik kalau yang lain pun boleh terima kerana tuan punya badan sendiri tiada masalah untuk menanti.  Cuma, kita memang tidak boleh terima kerana apa yang kita tahu hanya dua tahun sahaja untuk Tun M jadi PM.  Tetapi itulah keputusan jemaah di dalam mesyuarat PH.  

Kemudian, isu penetapan tarikh.  Majlis Presiden lama bersidang kerana bincang tentang wajar atau tidak tarikh itu ditetapkan selepas APEC?  Majoriti bersetuju untuk penetapan tarikh, tetapi Anwar sekali lagi membawa hujah bahawa sebaiknya hanya beliau dan Tun M sahaja akan berbincang bagi menetapkan tarikh sebelum dibawa ke Mesyuarat Majlis Presiden PH.  

Mengapa Anwar selembut itu?  Hujah Anwar sama seperti beliau berhujah di dalam Parlimen sebelum ini sewaktu ditanya oleh MP Arau, Shahidan Kassim tentang mengapa tiada tarikh yang ditetapkan untuk peralihan kuasa?  Jawapan Anwar, beliau tidak setuju jika tarikh itu ditetapkan lebih awal kerana dibimbangi memberi kesan kepada PM ketika itu di mana menjelang tarikh berkenaan, banyak pihak yang tidak lagi menghormati PM yang ada sebaliknya mula berdamping dengan bakal PM yang baru.  Ini tidak baik untuk seorang PM.  

Maka, Anwar sendiri bersetuju bahawa biarlah beliau dan Tun M sahaja akan berbincang tentang tarikh peralihan kuasa tersebut.  Ini menafikan dakwaan bahawa Anwar kononnya rakus dan gila kuasa untuk menjadi PM.  Anwar mahu peralihan kuasa yang lancar dan tersusun tanpa menggugat kestabilan di dalam PH.

Selepas Kak Wan menunjukkan sifat jujur dan ikhlasnya sewaktu menemui YDP Agong dengan menolak jawatan PM yang ditawarkan kerana mahu menunaikan janji PH selepas PRU14, kini Anwar pula menunjukkan sifat berlapang dada, bertolak ansur dan mengutamakan kestabilan PH berbanding kepentingan dirinya.  Beliau sanggup dimaki hamun dan dicerca oleh para penyokongnya yang mahu beliau segera menjadi PM demi untuk menjaga kestabilan PH.  

Apa yang penting, kita telah tahu siapa musuh kita di dalam dan di luar.  Kita kena teruskan usaha agar kerja2 jahat musuh2 ini akan gagal sebagaimana mereka gagal malam tadi untuk membawa usul agar Tun M menjadi PM hingga habis penggal. Mungkin kerana kecewa, si kitol lari dari PC malam tadi. Tidak lama, tunggu siasatan video asli kes semburit pula selepas ini.  

Itulah kisah yang dibisikkan kepada saya.  Hanya yang hadir malam tadi tahu kebenarannya.  Wallahu Aklam. 


WFAUZDIN NS


No comments: