1. Saya
ingin memberi pandangan berhubung kenyataan Tan Seri Abdul Hadi Awang yang
kesal undang undang Islam boleh dibatalkan oleh undang penjajah ciptaan manusia
di Malaysia..
2. Isu
ini wujud sejak Merdeka lagi dan terus berulang dalam situasi hari ini.
3.
Bagaimana pun ia mesti ditangani dengan penuh sabar serta bijaksana tanpa emosi
yang kadangkala boleh menimbulkan kekacauan.
4. Abdul
Hadi pernah bercakap isu ini dengan berapi api sebagai pembangkang dahulu dan
kini nadanya hampir sama walaupun sudah menjadi sebahagian pada kerajaan yang
berkuasa dan menjadi Duta khas bertaraf Menteri.
5. Bukan
itu sahaja, Menteri Agama, Dato Idris Ahmad dan Timbalan Menteri Agama YB
Marzuk kedua duanya dari PAS parti beliau sendiri menjadi pemimpin nombor satu.
6.
Sebagai ahli parlimen kerajaan, cubalah cadangkan penyelesaiaan jangka masa
panjang di mana beliau ada menyatakan ada pertembungan kuasa Raja Raja Melayu
di peringkat negeri dan Mahkamah Persekutuan.
7. Kumpul
para agamawan, cerdik pandai dan pakar undang undang untuk mencari jalan
menyelesaikan "conflict of law" di antara undang undang Islam Negeri
dan undang undang sivil .
8. Lebih
baik mereka yang berada dalam kerajaan bertindak dengan tenang dan kurang beremosi
seperti semasa pembangkang dahulu, kerana cara emosi telah lama tidak membawa
kita ke mana mana titik penyelesaiaan tetapi sebaliknya hanya menimbulkan
kekecohan.
9. Itulah
sebaik baiknya jika kita mahu cari penyelesaiaan jangka masa panjang dan bukan
medan pertelingkahan yang tajam yang boleh menghancurkan negara.
10.
Peranan kerajaan ialah untuk mencari penyelesaiaan pendamaiaan yang baik
membina negara yang aman harmoni untuk semua dan bukan untuk meneruskan
pertelingkahan yang berterusan.
11. Selain
dari isu ini, Abdul Hadi dan PAS pernah juga membawa isu seperti RUU 355 semasa
menjadi pembangkang tetapi walaupun telah menjadi kerajaan isu tersebut telah
diam begitu sahaja.
12. Abdul
Hadi, dan lebih khusus lagi Idris Ahmad sebagai Menteri Agama, sepatutnya
berperanan pro aktif mententeramkan keadaan kearah penyelesaiaan dan bukan
menyumbang ke arah pertelingkahan.
13.
Menteri Agama belum mengeluarkan sepatah kenyataan pun lagi dalam isu ini.
14.
Mereka perlu ingat dan bercakap sebagai kerajaan bertanggungjawab dan bukan
lagi pembangkang.
15.
Gunakan lah kuasa yang diidami dan di miliki hari ini untuk kebaikan kerana
telah menjadi kerajaan untuk semua dan bukan hanya sebahagian dari rakyat Malaysia.
16. Isu
penting sebegini tidak boleh di bawa cara bermusim mengikut suasana semasa atau
politik tetapi perlu di buat secara berterusan dengan ikhlas .
17.Apabila
isu agama bercampur politik, agama Islam, masyarakat serta negara akan menjadi
punah .
18. Kita
mempunyai 9 Negeri dengan Raja Raja Melayu dengan undang undang yang perlu
diselaraskan bersama dengan undang undang Persekutuan.
19.
Tunjuklah kebijakanaan berilmu tanpa membangkitkan emosi serta sentimen untuk
penyelesaian .
20.
Menyalahkan undang undang penjajah Inggeris berpuluh tahun tidak membawa kita
kemana.
21.
Bertindaklan sebagai ahi anggota kerajaan yang bertanggungjawab untuk mencari
kedamaian penyelesaian untuk seluruh rakyat dan bukan membangkit emosi di
kalangan rakyat tanpa solusi mengikut ajaran Islam sebenarnya.
22.
Rakyat dan dunia memerhati bagaimana kerajaan hari ini menangani isu ini
setelah kerajaan hari ini telah mengambil alih kuasa pentadbiran negara.
Raja
Bahrin Shah
Pengerusi
Amanah Terengganu