WALAUN KAPIRKAN ORANG- PEMIMPIN PEMBOHONG NAK LAKSANAKAN HUDUD- PEMBOHONG BAB TABUNG HAJI-PEMBOHONG RUU355- DAN BANYAK LAGI PEMBOHONG SAMPAI SEMBAHYANG DUA IMAM.

 

Tanya apa PAS buat untuk negara? Rara beritahu pengundi Pahang.



Young Syefura Othman berdepan saingan lima penjuru di Bentong. Antara pencabarnya merupakan bekas presiden MCA, Liow Tiong Lai dan bekas penyandang Parlimen Bentong Wong Tack, yang kini bertanding sebagai calon bebas.

PETALING JAYA: Pengundi patut mempersoalkan apa sumbangan telah dilakukan PAS walaupun parti itu membentuk pakatan pilihan raya dengan Barisan Nasional (BN) tiga tahun lalu, kata calon Pakatan Harapan (PH) bagi Parlimen Bentong, Young Syefura Othman.

Katanya, PAS sering menumpukan kepada isu sensitif sehingga membawa tuduhan masyarakat bahawa parti itu merupakan parti perkauman.

“Namun, orang muda berdepan isu lebih mendesak yang perlu diselesaikan seperti ekonomi, gaji rendah, pengangguran dan perumahan,” katanya.

Young Syefura yang lebih dikenali sebagai Rara, berharap rakyat sedar bahawa PH mampu menawarkan lebih lagi dan akan melakukan segala upaya sekiranya gabungan itu menang pada pilihan raya umum.

Bagaimanapun, beliau berkata, tidak dinafikan pengaruh PAS di Pahang dan saingan dijangka sengit apabila kini Perikatan Nasional (PN), yang turut dianggotai PAS dan Bersatu bertanding di semua 14 kerusi Parlimen di negeri berkenaan.

Young Syefura berkata, Bersatu pimpinan Muhyiddin Yassin sebenarnya menunggang parti sekutunya itu kerana Bersatu tidak mempunyai banyak sokongan.

Katanya, PH berhasrat memberi ingatan kepada pengundi berhubung Langkah Sheraton yang mana sekumpulan pimpinan PKR keluar parti sehingga mencetuskan keruntuhan kerajaan gabungan itu, pada 2020.

Antara mereka yang berpaling tadah adalah Saifuddin Abdullah, yang menyertai Bersatu dan bertanding mempertahankan kawasan Indera Mahkota.

“Saya harap rakyat mengingati perkara itu dan tidak perlu membazir masa dengan mereka,” katanya.

Berdepan bekas presiden MCA, Liow Tiong Lai, Young Syefura mengakui pertembungan itu sukar, namun mengalu-alukannya.

“Kawasan Bentong akan memutuskan buat diri mereka sendiri sama ada mahu Ahli Parlimen seperti Liow yang hanya muncul sekali lagi atau sekiranya mereka mahu wakil muda seperti saya yang sentiasa berada di Bentong.”

Young Syefura akan berdepan saingan lima penjuru di kawasan itu.

Selain Liow, beliau juga berdepan bekas penyandang Parlimen Bentong, Wong Tack, yang bertanding bebas, Roslan Hassan (PN) dan Achik Khalil (Bebas).