NORMAN RADZUAN
Zaman Tun Mahathir sudah berakhir
BERSARALAH RAKYAT TAHU JAGA DIRI SENDIRI
Adalah sgt malang ketika rakyat dan Anwar mengampuni atas dosa2
silamnya, Tun mengkhianati mandat dan kepercayaan rakyat. Ketika itu Anwar
terima Tun dan beri kepercayaan kpd beliau menerajui negara seketika.
Sepatutnya Tun menjadi negarawan tetapi kini tiada siapa
pedulikan Tun. Dari pemimpin2 hingga ke rakyat.
Tun ingin bekerjasama dgn Anwar… Anwar tolak, mahu bekerjasama
dgn Muhyiddin…. Muhyiddin tolak. Tiada siapa percayakan Tun lagi.
Dulu bila Anwar beri peluang pelbagai alasan Tun tak mahu
serahkan kuasa kpd Anwar. Nak tunggu Apec la seolah olah Anwar tak pandai
menguruskan persidangan tersebut. Itu semua alasan Tun yg mungkir pada janji.
Pernah dgr cerita gembala kambing? Seorang gembala kambing
menjerit meminta tolong kononnya ada serigala ingin menyerang kambing
peliharaannya. Bila org kampung dtg membantu dia ketawakan.
Dilakukan berulang kali menipu org kampung. Suatu hari apabila
serigala betul2 menyerang kambing2nya dan gembala ini meminta tolong, tiada
siapa pedulikan kerana sudah tidak mempercayainya lagi.
Sayang peluang kali kedua yg Tuhan berikan kpd Tun tidak
digunakan di penghujung usianya. Apa lagi yg Tun mahukan? Nak jadi PM dah
berpuluh tahun dah. Anak pun dah kaya raya. KLCC semua org tahu legasi Tun.
Kemewahan dah dirasai… nikmat apa lagi yg Tun mahukan di usia 97 tahun ini?
Sudah2 lah Tun. Rakyat Malaysia tahu menjaga diri dan tahu utk
meletakkan di mana negara ini di mana. Dont overstay Tun… semakin lama semakin
org menyampah.
Tun kata sanggup jilat ludah sendiri utk bekerjasama buat kali
ketiga dgn Anwar. Bila Anwar tolak kerana rakyat menolak… Tun fitnah pula kata
Anwar akn kerjasama dgn Zahid. Baru sahaja nak berbaik kemudian fitnah
kembali…. Tun Tun Tun.
Sebenarnya saya sedih bila diakhir usia Tun rakyat tidak percaya
dan benci dgn sikap Tun. Bila rakyat tak mahu hadir majlis Tun maknanya rakyat
mahu Tun berehat bermain dgn anak cucu dan beramal. Bukan sibuk lagi dgn urusan
dunia yg tidak akn selesai.
Dulu Tun kata nak jatuhkan Najib… skg dgn kuasa rakyat Najib dah
duduk dlm Penjara Janji. Apa lagi Tun nak? Nak halang Anwar sb itu Tun
bertanding boleh naik atas stage berkempen utk menghentam Anwar?
Cukup2 lah Tun…jika Tun tak mahu bersara, rakyat akn bersarakan
Tun pada PRU15 ini. Kdg2 malu saya standard Tun bekerjasama dgn Ibrahim Ali.
Tun Tun…apapun saya doakan Tun diberikan kesihatan yg baik.