LATIKAN DITANGGUH MEYAKINKAN RAKYAT



 Apabila kerajaan umumkan semua lantikan politik ditamatkan perkhidmatan serta-merta, aku antara orang yang sangat teruja. Malangnya tak berapa hari kemudian, Zahid umumkan perlantikan Ahmad Jazlan sebagai pengerusi Felcra.

 

Aku agak terkilan waktu itu. Ia seperti mencabar DS Anwar. Tapi aku tak komen kerana aku mahu lihat reaksi DS Anwar. Alhamdulillah, hari ini kita dapat lihat apa yang berlaku. Nyatalah DS Anwar masih lagi DS Anwar yang aku sokong lebih 2 dekad.

 

Soal perlantikan politik ini, bagi aku kata kuncinya adalah kelayakan. Kompetensi. Kalaulah orang itu memang ada kemahiran, tapi tidak dilantik hanya kerana dia orang politik, itu adalah satu kerugian.

 

Yang kita tak mahu, orang politik yang kerja tak reti tapi jawat jawatan tinggi dengan bayaran gaji yang lumayan. Makan gaji buta. Tapi kalau dia penuhi kriteria yang ditetapkan, apa salahnya dia diberi peluang untuk menyumbangkan tenaganya?

 

Tindakan penangguhan lantikan Ahmad Jazlan ini adalah jawapan kepada mereka yang persoalkan DS Anwar melantik Zahid sebagai TPM. Jelas sekali apa yang kita hujahkan sebelum ini adalah betul. Dengan adanya DS Anwar sebagai PM, tiada siapa dapat berbuat sesuka hati.

 

Namun tindakan DS Anwar ini pasti tak disenangi oleh pemimpin UMNO. Ianya satu tindakan berisiko tapi itulah DS Anwar. Beliau berani buat apa yang beliau yakini betul. Dan kerana itulah Mahathir tak mahu DS Anwar naik sebagai PM.

 

Kalau DS Anwar sanggup gadaikan integriti, sudah lama beliau jadi PM menggantikan Mahathir...

 

Kalau betul Ahmad Jazlan ini bagus dan didamba oleh warga Felcra seperti dakwaan Zahid, aku pasti dia akan dilantik semula ke jawatan itu. Tiada apa yang  perlu digusarkan.

 

Setakat ini, semua tindakan dan keputusan yang dibuat oleh DS Anwar berjaya meyakinkan aku yang beliau mampu memacu negara ini ke arah kejayaan, insyaAllah. Alhamdulillah, sokongan kami selama ini telah terbayar. Guane boh?

 

 

Raja Gelap 

.