NAK BAWA USUL TAK SALAH.



Izuafi Hadi Kamilan
Peg.Penyelidik,Parlimen Malaysia

Konvensyen Kepercayaan (Confidence Convention) bermaksud satu prinsip dimana kerajaan tidak boleh meneruskan tugasnya tanpa sokongan daripada ahli-ahli perwakilan yang dilantik di dalam Parlimen dan ia merupakan asas kepada konsep ‘kerajaan bertanggungjawab’. 

Sir Winston Churchill telah menerangkan Undi Percaya adalah merupakan ‘sesuatu yang normal, berperlembagaan dan demokratik’ apabila beliau meminta supaya diadakan Undi Percaya kepadanya pada Januari 1942. Usul Percaya kepadanya telah di bawa Mr. Attlee yang menyatakan  

That this House has confidence in His Majesty’s Government and will aid it to the utmost in the vigorous prosecution of the War’.

Dalam konteks sejarah institusi Parlimen Malaysia, hanya sekali usul kepercayaan pernah dikemukakan di dalam Dewan Rakyat terhadap Y.A.B. Datuk Hussein Onn sebagai Perdana Menteri (ketika itu)

Pada 27 Januari 1976, satu usul telah dikemukakan Datuk Senu Abdul Rahman (ahli parlimen Kuala Kedah) di dalam Dewan Rakyat yang berbunyi  

"Bahawa Dewan dengan ini mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas perlantikan Yang Amat Berhormat Datuk Hussein Onn sebagai Perdana Menteri dan menyatakan kepercayaan penuh terhadap pimpinan beliau dan berikrar akan memberikan kerjasama dan sokongan sepenuhnya kepada beliau bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya."

Tujuan usul ini dikemukakan adalah untuk menyatakan sokongan daripada ahli-ahli Parlimen terhadap pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri. Pada masa yang sama, ia boleh diguna untuk menunjukkan kestabilan kerajaan yang dipimpin Perdana Menteri sedia ada. Di dalam kes Datuk Hussein Onn ketika itu, beliau baru sahaja mengambil alih kerajaan daripada YAB Tun Abdul Razak yang baru sahaja meninggal dunia. Wujud keadaan tidak berbelah bahagi dan ketidakstabilan menyebabkan satu Usul Undi Percaya terpaksa diadakan bagi menunjukkan keyakinan Dewan Parlimen terhadap kepimpinan kerajaan Datuk Hussein.

Justeru di dalam kes PAS akan membawa satu Usul Percaya ia adalah normal, berperlembagaan, dan demokratik.

No comments: