MUDAH JADI ORANG MALAS. TAK DAK KERIAU.. BANGSA SUBSIDI.


Che Ibrahim

 

BUKAN SENANG NAK HIDUP SENANG


Ambo pernah kerja gomen, tapi berhenti kerja takdang pencen, kononnya tak mahu jadi abdi kepada Kerajaan (masa tu ambo supa walaun lo ni).

Ambo pernah kerja makan gaji dengan kerajaan, tapi kena buang kerja kerana tak sebulu (masa tu ambo dianggap Jebon)


Ambo ada kebun getah, tapi takdak orang nak menoreh, kalau pun ada penoreh, batang getah pun menangis, usahkan tuan kebun. 


Ambo ada kebun sawit, tapi dulu dulu boleh sehingga 20 tan sebulan, skrg dapat 5-6 tan pun dah mujur sebab dah bertahun tak berbaja, kebun pun dah jadi sarang gajah kerana takde pekerja. 


Ambo ada kebun durian, tapi sukar menjaganya lebih sukar dari jaga diri sendiri yang ada berbagai penyakit dan karenah kehidupan. 


Bukan senang nak hidup senang kecuali kita ambil senang semua perkara, pedulikan halal haram betul tak betul, janji masyuk....