KERAJAAN KELANTAN PERLU BUAT KEPUTUSAN



Perletakan jawatan penghulu di mukim Dewan Beta Kota Bharu dan seretak dengan perobohan pejabat penghulu membawa mesej tersendiri dan memberi implikasi kepada parti menerintah di negeri itu hari ini.


Tidak ada kenyataan rasmi oleh penghulu berkenaan tetapi video perobohan pejabat itu sesuatu memalukan. Jika tidak ada perkara besar berlaku tidak mungkin proses perobohan itu diviralkan.


Apabila diviralkan dan prrobohannya mrnggunakan jentolak tentu ia membawa maksud tertentu dan dalam hal ini adalah sindiran dan kecaman kepada kerajaan Kelantan.


Apa yang dijadikan alasan tindakan  itu kerana suara rakyat tidak dipedulikan. Ini boleh diambil pengertian bahawa rakyat di kawasan berkenaan tidak mendapat pembelaan daripada kerajaan hari ini.


Sebenanya walaupun isu di Beta itu isu terpencil tetapi itulah hakikat yang berlaku di Kelantan hari ini. Pihak berkuasa atau agensi kerajaan tidak mampu untuk memenuhi kehendak rakyat termasuk menguruskan infastraktur tempatan.


Apa boleb dibayangkan penghulu yang letak jawatan itu mungkin sudah tidak sanggup berhadapan dengan rakyat yang memerlukan perhatian termasuk sumbangan daripada kerajaan tetapi tidak dipenuhi oleh wakil rakyat disitu.


Jadi sebagai alternatif dia meletak jawatan sebagai jalan keluar daripada diasak oleh rakyat yang mahu bantuan dan tidak mahu pusing kepala.


Fenomena ini jika dibiarkan ia merbahaya kepada kerajaan Kelantan hari ini. Apa yang berlaku di Beta itu boleh jadi ikutan kepada penghulu mukim lain pula selepas ini.


Justeru sesuatu tindakan penyelesaian perlu diatasi segera bagi mengelak lebih banyak penghulu letak jawatan dan perobohan pejabat berlaku. 


Dan jika perkara itu berlaku kerana masalah ketidak mampuan dari segi kewangan elok kerajaan Kelantan membuat keputusan untuk bergabung atau menyokong penuh kerajaan Madani kini. Trims.