Agong Terima Menghadap PM Anwar Di Istana Negara

 


Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Negara pada 6 April 2025. Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR, 6 Apr – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Negara, pagi ini.

Menerusi satu hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memetik, hari Ahad kebiasaannya adalah waktu berehat namun Baginda tetap menjalankan tugas rasmi di pejabat di Istana Negara.

“Seawal jam 7 pagi, Baginda menerima menghadap pegawai kanan Istana Negara sebelum menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” menurut hantaran itu.


No comments: