Politik tanpa sempadan. Semua perkara mahu dipolitikkan hingga adab dan akhlak ke laut. Nama Islam bukan sahaja ditempelkan kepada parti, bahkan Islam ditunggang semahu-mahunya.
Tahun lepas, apabila Kelantan dilanda musibah banjir, kerajaan negeri Selangor ketepikan fahaman politik kerana musibah bukan sesuatu yang diundang. Sedikit bantuan diberikan kepada kelantan.
Apabila Selangor diawal Syawal tahun ini diuji musibah dengan berlakunya letupan dan kebakaran, kita boleh lihat gelagat politikus yang kelaparan. Habis semua dijadikan modal politik hinggakan MB Selangor yang pernah membantu mereka pun didesak letak jawatan.
Biarlah rakyat menilai standard dan akhlak puak-puak yang ketandusan idea ini. Mereka hilang punca dan tiada arah lagi untuk berhadapan dengan kebangkitan rakyat di bawah yang semakin ramai mulai meyakini kerajaan madani.
WFAUZDIN NS

No comments:
Post a Comment