KERAJAAN MABUK KETUM

 

Hamdan Taha


Asalamualaikum....


Semalam saya berkesempatan mendengar sendiri ucapan perdana menteri kita iaitu tan sri muhyuddin yassin dalam ucapan beliau untuk menyampaikan keputusan kerajaan tentang pkp.


Perdana menteri menjelaskan pkp di negeri negeri yang kesnya terlalu tinggi terpaksa di lakukan kerana hospital sudah tidak mampu menampung jumlah yang tinggi


Perdana menteri termasuk ketua pengarah kkm dan menteri kanan ismail sabri mengakui kes menjadi terlalu tinggi KERANA rakyat di benar merentas negeri dan daerah tampa sebarang had dan keberjangkitan di semenanjung bertambah kerana datangnya dari sabah. Maka kerajaan tidak ada pilihan lain dengan PKP terpaksa di lakukan


Mendengar hujah dari orang no 1 negara dan hujah orang no 1 di KKM dan hujan Menteri Kanan saya tertanya tanya apakah mereka ini mabuk atau minum air ketum atau makan dadah. Semua yang mereka katakan itu seolah olah meletakan kesalahan pada rakyat kerana tidak ikut sop dan rentas daerah dan restas negeri secara haram bukan dengan kebenaran dari kerajaan malaysia...


Semua ini berlaku kerana sikap kerajaan yang mengambil peluang covid 19 ini sebagai isu politik. Di sabah musa aman antara orang yang patut di bebankan kesalahan itu termasuk shafie afdal. Musa aman pula berbuat begitu kerana ada kebenaran dari pihak tertentu yang bersama beliau ketika itu iaitu menteri dalam negeri Hamzah zainudin dan setiausaha politik perdana menteri bernama Nadim....


Di semenanjung berlaku pula dua hukuman yang berbeza. Menteri lain hukumannya jika di dapati bersalah. Rakyat pula hukumannya lain dan syarikat besar besar lain pula hukumannya,perniaga tepi jalan pula lain denda dan hukumannya. Jika menteri berjumpa dan berkumpul beramai ramai tidak menjadi masalah. Jika parti politik berhimpun tak apa kerana itu keperluan...


Kes kes berat seperti berlaku di kilang kilang besar dan kaya sama ada di muar johor dan di kelang tindakan di ambil terlalu lambat sehingga kes tidak dapat di kawal baru lah arahan keras di buat terhadap kilang tersebut...persedian untuk kuarantin pun kerajaan masih tidak jelas sopnya. Sehingga sekarang pekerja asing menyumbang kes yang tertinggi. Apakah pekerja asing ini yang bekerja di syarikat syarikat besar kita benarkan mereka memenuhi hospital hospital kita dan mereka terpaksa kita jaga dan rawat. Kaedah itu pun kerajaan tidak dapat selesaikan. Tidak belajar dari kerajaan singapore bagaimana mereka menyelesaikan 50 ribu kes pendatang asing mereka....cepat dan tidak ada kematian....


Bagi saya ucapan perdana menteri malaysia semalam ialah seolah olah dia membaca sendiri salah laku dia dan kabinet dia juga kerajaan dia kepada rakyat.....bagi saya sepatutnya mereka telah ada tindakan PKP dari awal lagi semasa kes meningkat dari sabah. Bukan bermakna PKP seluruh negara tetapi tempat yang ada Kes tinggi....tapi apa nak kata kerana mereka tahu mereka salah terapi nak buktikan mereka tak salah keputusan yang di buat biarkan saja kes berlaku sampai 3500 sehari....saya yakin jika katil katil masih ada kosong lebih dari 10 ribu katil kerajaan masih ambil tindakan membiarkan saja apa saja rakyat nak buat...tetapi para dr dr seluruh negara dah menjerit dan memaki hamun perdana menteri dan ketua pengarah mereka baru lah kelam kabut....


Semoga Allah selamatkan kita....pada ahli politik pula yang nak lihat kerajaan ini jatuh di harap bersabar lah sebentar. Kes dah tak ada kome nak berbunuh pun kami tak hairan....tapi tengah sekarang ni buat le kerja baik baik dulu...