HAMDAN TAHA
Saya ni kira kira ni tak pandai dan bukan orang bijak pula tu.
Tapi sebab mak dan ayah ada hantar ke sekolah jadi setakat nak buat kira kira
nombor sampai 220 tu insyaAllah boleh laaaaa...
Ramai orang buat kira kira kerajaan PN ni dah jatuh kerana tak
cukup mejoriti mudah kerana ada tiga ahli parlimen umno telah buat kenyataan
tak sokong tan sri muhyuddin. Satu bab yang ni...
Jika perkiraan undi di ambil dari pembentangan burget itu hari
PN dapat 111 maka tolak 3 dah jadi 108. Jika itu perkiraannya betul jatuh Tan
Sri Muhyuddin dan Kerajaannya. Ini pertimbangam saya ialah kerajaan PN bukan
Jawatan PM...
Tetapi perkiraan Duli Yang Di Petuan Agung semasa melantik Tan
Sri Muhyuddin bukan jumlah MP tapi ikut jumlah parti politik yang memberi
sokongan. Jika itu asasnya maka Tan Sri dan PN masih Kekal menjadi Kerajaan
kerana Umno dan Bn kekal memberi sokongan pada PN belum ada kenyataan dari Umno
Dan Bn menarik sokongan.
Lagi pula di sebelah pembangkang tidak boleh di ambil kira
jumlah undi yang mereka dapat semasa undi budget di buat. Kerana itu undi untuk
tujuan protes sahaja. Jika undi memilih PM di buat kita juga tidak pasti siapa
yang di pilih kerana di sebelah pembangkang juga mempunyai tokoh tokoh yang
tidak solid. Tun M dengan satu pasukan, Dato seri Anwar dengan pasukan yang
lain. Jika PH lain jumlahnya,tapi jika undi individu MP belum tentu undi PH
semua akan berpihak ke Anwar Ibrahim seperti mana Tan Sri Muhyuddin juga di
Dalam PN...
Selagi umno kekal menyokong dan tidak membuat kenyataan menarik
sokongan bagi saya mejoriti masih ada pada Tan Sri Muhyuddin....saya bukan buat
ulasan ini kerana suka dan nak mempertahankan Muhyuddin tapi sekadar pandangan
saya sahaja...
Silapnya MP umno yang sekarang ini buat kenyataan menarik
sokongan terhadap muhyuddin tidak ambil sikap terpuji semasa sidang parlimen
dalam undi budget....Ku Li tak datang....Nazri dan Jazlan angkat tangan
sokong...jadi nak kata apa....Kabinet ini masih ada kekuatan dan jangka hayat
kerana budget dah lulus...darurat pun dah lulus....makanya setakat boleh jerit
jerit luar padang jer lah nampaknya....
Walaupun darurat sekarang ini tapi jika umno buat keputusan
sebagai parti tarik sokongan sekarang kita tak tau pula apa akan jadi....Agung
pun manusia ada berani ada takut dan ada pertimbangan dan ada
maklumat....walaupun dia berat sebelah tapi dia telah buat keputusannya....
Allahulam