APABILA LEBAI MULA BERCAKAP SEPERTI NASIONALIS


Apabila lebai yang dulunya cakap tentang Islam dulu shingga tergamak kapirkan orang Melayu Islam, hari ini lebai sebut Melayu dulu baru sebut Islam.  Sebab apa?  Sebab mereka dapat kuasa dan berada dalam kerajaan tebuk atap itu pun melalui parti Melayu yang pengkhianat.  Kalau ikut cara Islam yang dibawa oleh Almarhum Tok Guru Nik Aziz dahulu, sudah tentu lambat dan terpaksa banyak berkorban sebelum dapat kemenangan.  Islam itu agama dagang, maka tentulah tiada jalan pintas untuk capai kemenangan yang Allah redhai.


Maka, lebai Hadi ambil jalan paling mudah iaitu jalan yang sama dilakukan oleh pengkhianat yang merampas kerajaan Perak di bawah YB Nizar dahulu.  Kerja paling mudah untuk jadi kerajaan tanpa dapat mandat rakyat adalah bekerjasama dengan pengkhianat.  Itulah yang Hadi lakukan.  


Sebab itu, jangan tanya kenapa bila lebai berada dalam kerajaan tebuk atap sekarang, RUU Akta 355 gagal dilaksanakan, jauh sekali hudud?  Kenapa cabutan judi ditambah dari 8 kali sewaktu kerajaan PH kepada 22 kali di era kerajaan tebuk atap lebai?   Kenapa covid semakin mengganas?  Kenapa ekonomi semakin teruk?  Kenapa pengangguran bertambah?  Kenapa harga barang semakin naik?  Kenapa masjid terus dihadkan jemaah? Kenapa pemandu mabuk bertambah?  Kenapa gagal atasi kes Arwah Adib?  Kenapa dan kenapa?


Jawapannya, tidak lain tidak bukan, kerajaan tebuk atap ini tidak mendapat limpahan rahmat dan keberkatan dari Allah.  Letaklah seribu lebai sekalipun di dalam kerajaan ini, Islam tidak akan berkembang kerana seribu lebai ini hanyalah penjual agama untuk kepentingan perut masing-masing.  


WFAUZDIN NS