PENTADBIRAN PN GAGAL.MUHYIDDIN SEHARUSNYA LETAK JAWATAN

 

AKHMAL NASIR

Image may contain: 1 person, text that says "MUHYIDDIN Pentadbiran Gagal, Muhyiddin Perlu Letak Jawatan"




Pengisytiharan Darurat yang diumumkan oleh Perdana menteri hari ini telah membuktikan bahawa pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN) telah gagal dalam menguruskan negara mendepani cabaran Covid-19.

Segala-galanya bermula dari langkah rampasan kuasa yang dilakukan oleh PN sehingga mencetuskan PRN Sabah. Malah, tidak ada permohonan maaf yang dilakukan oleh kerajaan PN sehinggakan seluruh rakyat Malaysia terkesan disebabkan kerakusan orang politik.

Sepanjang 10 bulan pentadbiran, negara pada ketika ini berada pada situasi yang sangat membimbangkan. Prestasi kerajaan PN yang disertai BN sebagai salah satu komponennya kelihatan lebih buruk berbanding kerajaan yang dipimpin oleh Pakatan Harapan (PH).

Ternyata, pentadbiran yang menggambarkan kerajaan 90% Melayu Islam tidak berupaya memerintah negara dengan baik meskipun mempunyai jumlah menteri dan timbalan menteri yang paling banyak dalam sejarah pentadbiran negara (31 menteri, 38 timbalan menteri).

Kerajaan persekutuan seolah-olah tidak mempunyai hala tuju yang jelas ke mana Malaysia ini ingin dibawa. Agenda ekonomi negara pula pincang. Urus tadbir negara yang tidak telus ditambah pula dengan kemelut politik yang semakin meruncing antara PN-BN. Kesemua ini telah menyebabkan satu demi satu pelabur mula meninggalkan negara beralih ke pasaran Indonesia. Apakah ini suatu petanda yang positif bagi ekonomi negara.

Jalan keluar terbaik yang perlu dilakukan oleh Tan Sri Muhyiddin ialah meletak jawatan bagi membolehkan hanya mereka yang benar-bernar berkebolehan memimpin negara di landasan yang sebenar. Ekonomi perlu dipacu dan kepimpinan negara harus dipulihkan dengan kadar segera.

 

No comments: