Lonjakan kes Covid-19: Kerajaan mungkin pertimbang perintah darurat

 


BERITA  JAM 9 MALAM

Lonjakan kes Covid-19: Kerajaan mungkin pertimbang perintah darurat

[DIKEMAS KINI] Perintah darurat mungkin akan segera digunakan untuk mengendalikan lonjakan kes Covid-19 yang membimbangkan.

Memetik laporan The Star, banyak sumber di Putrajaya mengatakan bahawa krisis Covid-19 dan keperluan untuk mengisytiharkan darurat telah dibincangkan dalam mesyuarat khas Kabinet jam 11 pagi pada hari Isnin (11 Januari 2020).

Begitupun tiada perincian mengenai apa yang diputuskan oleh Kabinet namun Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadualkan bakal menghadap Yang Di Pertuan Agong pada Isnin petang.

Perdana Menteri diharapkan dapat memaklumkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengenai apa yang diputuskan dalam mesyuarat Kabinet.

Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) juga dijangka turut diadakan pada sebelah petang dengan tanda-tanda menunjukkan langkah drastik yang bakal diambil dalam mengekang penyebaran wabak tersebut.

Ia akan menjadi percubaan kedua kerajaan untuk meminta perintah darurat dalam mengawal wabak tersebut yang menjadi keutamaan perdana menteri.