KAH..KAH..KAH...BILA BANJIR SALAHKAN HUJAN LEBAT...BILA BARANG NAIK KATA TAK ADA MASAALAH...BILA KES MUSANG KING...SALAHKAN KERAJAAN LEPAS.....MUDAH SUNGGUH...

 



Sanusi dakwa kawasan Musang King dibalak zaman Mukhriz MB




Banjir di Baling pada Isnin lalu mengorbankan tiga nyawa dan memusnahkan 15 rumah, selain beratus lagi kediaman rosak. (Bernama pic)

PETALING JAYA: Muhammad Sanusi Md Nor menafikan ladang rakyat adalah projek gagal kerajaan Kedah bawah pentadbiran menteri besar daripada PAS, Azizan Abdul Razak dari 2008 hingga 2013.

Sanusi berkata, konsep ladang rakyat diperkenalkan Azizan itu digagalkan oleh menteri besar selepas itu iaitu Mukhriz Mahathir kerana khuatir projek berkenaan akan mengharumkan nama Azizan dan PAS dalam kalangan orang miskin.

Beliau juga mendakwa, kelulusan ladang hutan untuk tanaman getah jenis timber latex clon (TLC) berlaku pada zaman pemerintahan Barisan Nasional (BN) pada 2007.

“Pada zaman ustaz Azizan (menteri besar ketika itu), ia bertukar konsep kepada ladang rakyat. Tender dikeluarkan untuk kayu balak dan buat pertama kali dalam sejarah, dapat harga RM11,000 hingga RM17,000 sehektar.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

“Sempat tanam getah TLC seluas 162 hektar saja (fasa pertama) berkonsepkan ladang rakyat, membabitkan 300 peserta rakyat miskin dan pada 2013, kerajaan bertukar.

“Apa terjadi lepas itu, ladang rakyat dibatalkan, ada di tangan Mukhriz (dua kali) dan Ahmad Bashah Md Hanipah (2016). Sama seperti dia (Mukhriz) batalkan projek Maahad Tahfiz Sains di Pulau Tuba, alasannya supaya PAS tidak berkembang di Langkawi.

“Kawasan Musang King itu dipercayai dibalak antara 2018 dan 2019,” kata menteri besar Kedah itu menurut Berita Harian.

Sebelum ini, media melaporkan Mukhriz menafikan dakwaan kerajaan Kedah pimpinannya mempunyai kaitan dengan projek ladang durian Musang King di Gunung Inas, yang dikaitkan antara punca tragedi banjir dan kepala air di Baling, Isnin lalu.

Kejadian itu mengorbankan tiga nyawa dan memusnahkan 15 rumah, selain beratus lagi kediaman rosak.

Mengulas lanjut, Sanusi berkata, di zaman pemerintahan Azizan, tidak berbangkit sebarang isu mengenai ladang rakyat, apatah lagi Musang King, yang masih tidak dikenali.

Beliau berkata, tender balak berlaku antara 2010 dan 2013, namun tebangan belum berlaku.

“Kalau betul mereka tidak setuju kerana hendak selamatkan alam sekitar dan Gunung Inas, mereka boleh batalkan tender dan Ladang Hutan TLC, bukan batalkan ladang rakyat dan tanam Musang King.

“Saya perlu semak dahulu dengan Jabatan Perhutanan Negeri Kedah (JPNK) tarikh yang tepat tender dan tebangan itu berlaku, seingat saya tender sahaja.

“Kawasan ladang hutan asal tidak termasuk kompartment lapan, yang menjadi punca air Sungai Kupang. Komparment empat, lima dan enam saja tak silap saya, apa pun saya perlu semak dengan JPNK dahulu,” katanya

No comments: