Mendidih darah tengok perempuan yang buat stand up comedy di
sebuah kelab tu kan? Logik kalau marah. Aku rasa sebagai muslim, memang ramai
yang rasa tersinggung.
Tapi kes itu sebenarnya hanya kesan sampingan je. Sebab ada kes
lain yang lebih besar dan lebih jelas memalukan Islam. Sayangnya kes-kes itu
tak pula mendidihkan darah ramai daripada kita.
Kita ada kes mereka yang gelarkan diri ulama sibuk menggelarkan
pihak yang tak sependapat dengan sebagai kafir la... Wahabi la... dan
sebagainya. Tak rasa malu kes begitu?
Kita juga ada kes orang yang mengaku diri ulama, masuk politik
dan mengolah fatwa ikut kepentingan peribadi dan partinya. Sampaikan sanggup
dia halalkan menipu. Tak mendidih darah pulak?
Kita juga ada parti yang gunakan nama agama bagi menghalalkan
pengkhianatan, kemudian berlagak seolah insan kamil dan suci. Sedangkan jelas
Allah membenci para pengkhianat.
Aku pun marah juga dengan perempuan gila itu. Tapi aku lebih
marah dengan kes-kes lain yang aku sebutkan di atas. Kerana kes-kes begitu
lebih buat nama Islam tercemar.
Bila kita tengok saja video perempuan itu, walau dia mengaku
hafaz 15 juzuk al-Quran, kita tahu yang dia seorang yang jahil. Jadi kebodohan
yang dilakukan terpalit kepada dirinya secara individu.
Tapi bila yang berjubah dan berserban gunakan dalil agama untuk
halalkan yang haram, sucikan sang perompak, halalkan pengkhianatan, maka
kesucian Islam tercalar secara keseluruhan.
Nak berang kepada perempuan mereng itu, silakan. Tapi kena ada
kemarahan yang sama atau lebih lagi kepada para penunggang agama. Perbuatan
mereka lebih jijik dan keji.
Seribu kali sayang, bila wanita pamerkan aurah terus dicerca.
Tapi sang agamawan yang gadaikan ilmu dan iman demi dapat laba dunia disanjung
dan dipuja. Setakat mana sayangmu kepada Islam? Guane boh?