HARAP WALAUN DAN MACAI MEMBACA CORETAN INI DAN HADAM

 

Coretan hampir setahun lalu.

Harap lebih ramai walaun dan macai baca dan hadam. Kalau rasa betul, didoakan mendapat “hidayah” jua.

Tak pernah dituntut di mana2, pengundi atau rakyat harus setia dan taksub kepada parti atau politikus. Itu ajaran sesat namanya.

Setia kita seharusnya kepada negara, bangsa dan agama. Noktah.

Selamat menghadam…

 LIYANA MARZUKI






PENTAKSUB

1. Sejak kecil, saya telah didedahkan dengan politik. Tok saya yang turut membesarkan saya di kampung, peminat tegar Perhimpunan Agong UMNO (PAU). Saban tahun, setiap kali ada PAU, sepanjang hari la kami dengar perbahasan di TV. Utusan Malaysia jadi suratkhabar ruji di rumah. Disebabkan saya suka membaca dan buku masa tu sangat terhad, saya mula baca Utusan sejak umur 8 tahun sampailah masuk remaja.

2. Mingguan Malaysia surat khabar yang paling saya tunggu setiap Ahad. Bukan sebab hanya nak baca Pancaindera, tapi saya cukup minat baca kolum Awang Selamat. Sebab hanya satu naskah yang Tok beli, saya kena tunggu giliran nak membaca. Selalunya saya dapat paling last selepas tawaf satu rumah di kalangan makcik dan pakcik saya. Bila dapat Mingguan Malaysia tu rasa cukup nikmat. Rasa lengkap hidup saya minggu tu selepas dapat baca Mingguan Malaysia. Punya la nerd dulu2.

3. Tok menyedari saya suka baca ruangan politik, satu hari bawak balik surat khabar Harakah. Dia kata minggu tu dia beli dua akhbar, Utusan dan Harakah. Dia suruh baca dua-dua. Saya pun cakaplah dengan dia, saya ni penyokong UMNO, mana boleh baca Harakah, itu untuk orang PAS. Lalu dia berkata, nak sokong boleh, tapi jangan sampai jadi PENTAKSUB. Baca pandangan berbeza, agar minda terbuka. Kata hikmat Tok tu saya akan pegang sampai bila2.

4. Bila dah besar, belajar di law school, kami diajar dengan subjek Jurisprudence. Kata senangnya, pengajian falsafah dalam undang-undang. Kami diajar mengenai Marxism, Kapatilism pendek kata segala jenis “…sm”. Masa diajar, Profesor saya tak pernah kata falsafah ni lagi betul dari yang lain. Dia suruh kaji dan menilai. Pada dia, setiap falsafah ada baik dan buruknya. Boleh terpakai dalam keadaan tertentu kalau kena gaya dan tujuannya.

5. Bila dah berkerja jadi peguam dan timbalan pendakwa raya, saya dilatih “there is always two sides of the coin”. Hujahan yang diberi mungkin betul pada mata kita, tapi akan ada juga fakta atau hujah lain yang boleh menidakkan kita. Saya diajar konsep “agree to disagree”. Menerima pandangan orang lain dan sentiasa “agile” dalam berpikir.

6. Didikan dan latihan yang saya terima, mempengaruhi saya dalam fahaman dan pendirian politik saya. True to its core, kajian yang dijalankan oleh ahli psikologi menunjukkan pendirian politik seseorang dipengaruhi oleh faktor keluarga dan pendedahan dalam kerjaya. Tu sebab kalau tuan puan tengok, kalau satu keluarga orang UMNO, makanya semua pun ahli dalam keluarga tu “orang UMNO”. Dari Bapak, Emak dan Anak-anak. Samalah juga, kalau Bapaknya orang PAS, satu keluargalah orang PAS.

7. Yang cukup paham impak kekeluargaan dalam fahaman politik ni saya rasa Hadi Awang. Tu sebab Amanat Hadi Awang, suruh kahwin hanya dengan orang PAS, tak boleh dengan orang lain. Yang lain semua jatuh kafir kalau bukan Ahli PAS. Parti PAS kalau bab ni sangat terer, dari kecil dah suruh anak masuk PASTI. Selain daripada mengajar ABC dan Alif Ba Ta, mereka tahu “dogmatism” dari kecil itu penting untuk lahirkan penyokong parti tegar. Usah cerita PAS, “dogmatism” dalam UMNO pun sangat kuat. Dari kecil kita diajar, kalau bukan UMNO memerintah, bangsa Melayu, agama Islam dan Raja Melayu semua tergadai. Kita pun dari kecil percaya “dogmatism” ini bulat-bulat.

8. Sampai la bila besar, kita boleh menilai mana satu fakta dan auta. Contohnya, Malaysia ini digelar Tanah Melayu, tetapi masih ke relevan bilamana Rizab Tanah Melayu hanya tinggal 12%. Elok2 British masa kita merdeka rezab kan tanah untuk kita, baru 60 tahun merdeka, tanah tu dah tinggal 12%. Yang lain semuanya telah dijual atau digadai. Patutnya dalam Dasar Ekonomi Baru, milikan saham orang Melayu dalam sektor korporat boleh capai 30%. Tapi sampai la ni, tak tercapai malah makin merudum. Zaman 90an milikan kita dah capai 19 %, tahun 2011 naik ke 23 % lepas tu tahun 2015 turun ke 16%.

https://www.bharian.com.my/.../tanah-rizab-melayu-tinggal...

https://www.utusan.com.my/.../02/tangani-sabotaj-ekonomi/

https://www.parlimen.gov.my/.../hindex/pdf/KKDR-07112019.pdf

9. Sekarang, melalui Kerajaan kini suara Raja Melayu pun disekat, perintah Majlis Raja-Raja pun secara halus dilanggar. Jadi mananya, Kerajaan Melayu Islam ni “pejuang bangsa dan pelindung Raja”? Meskipun UMNO, Bersatu dan PAS yang memerintah, adakah kita boleh percaya lagi mereka ini memperjuangkan bangsa dan agama dan bukan hanya untuk pegang kuasa? PAS contohnya sejak berkuasa taring pembangkang dulu2 nak memperjuangkan Islam itu dimana? RUU355 Hudud dan isu Adib dah senyap sunyi. Sibuk pulak dengan Mercedes. Makanya, perlukah penyokong parti ini terus menerus taksub kepada parti, sedangkan pemimpin mereka berjuang pun dah takde gigi?

10. Berbalik kepada isu kita tadi, sekarang ni isu pentaksub ini bukan saja kepada parti politik tapi juga kepada personaliti. Ada orang taksub pemimpin, ada yang taksub uztaz, ada yang taksub influencer. Dalam Bahasa Inggeris, pentaksub ini digelar “BIGOT”. Bigot ini diambil dari Bahasa Perancis: “By God”. Senang cerita, mereka yang perasan mereka macam Tuhan. Hanya dialah yang betul. Orang lain semua salah. Bagaimana kita nak kenal pasti sama ada kita ni tergolong dalam golongan bigot dan pentaksub? Ini adalah ciri-cirinya:

i. Kalau kita dengar benda negatif mengenai parti/ orang yang kita suka, kita yang panas telinga, kita jadi marah tak tentu pasal. Kita boleh maki-maki dan keluar kata kesat.

ii. Kita tak boleh terima apa saja berita negatif mengenai dia, dan otak kita cepat2 menidakkan apa sahaja benda negatif yang disampaikan;

iii. Selagi boleh kita nak pertahan atau sokong dia/ parti “by hook or by crook”, kita lawan semua orang yang berkata sebaliknya.

iv. Kita treat semua yang tak suka parti/ personaliti itu sebagai musuh, musuh kepada kita. Kita boleh start tak suka atau membenci just kerana dia lain pandangan daripada kita.

v. Kita banyak guna emosi daripada “akai” dalam menyokong. Bila diberi fakta mengenainya kita bukan kaji tapi percaya bulat-bulat tanpa usul periksa.

11. Kalau ada di kalangan kita yang ada ciri-ciri di atas, saya sarankan banyakkan istigfar. Kita boleh BERKENAN atau SUKA, tapi jangan sampai jadi TAKSUB. Banyak bezanya tu. Pemimpin sampah memang suka pentaksub, sebab mereka percaya, apa pun mereka boleh buat, macam mana pun orang akan sokong. Makanya jadi lah seperti sekarang, kita dapat pemimpin yang kebanyakan tiada akauntabliti, duduk atas kayangan dan hidup dalam “bubble”. Bukan 100% salah mereka tapi didorong oleh pantaksub yang akan sokong melulu dan berjuang habis2an untuk pertahankan mereka.

12. Saya percaya bukan semua parti tu sempurna. Bukan semua orang itu maksum. Mereka ada kelemahan dan kekurangan juga. Makanya kita perlu paham, kita boleh suka, tapi jangan sampai lelap mata. Kaji dan selidik. Periksa dan pertimbang. Kalau lebih baik dari buruknya, kita sokong. Tapi kalau sebaliknya, kita wajib bersuara dan tentang. Tak kira parti mana dan pemimpin/ influencer mana. Suara keramat demokrasi itu jatuh pada kita, Rakyat biasa.

13. Akhir kalam, elakkan diri menjadi pentaksub / “bigot”. Sesungguhnya tiada yang nampak lagi buruk dan hodoh dari mereka yang perasan jadi “Tuhan”.

Wallahu ‘alam.

Salam hormat,

Liyana Marzuki