KESIAN LA ORANG KEDAH..HANGPA DAPAT MB SEMUA YANG CEROI- CAP AYAM....PATUT RAMAI LARI MAI DOK BELAH PENANG...TAK MAU BALIK..CINA KAPIAQ PUN CINA KAPIAQ LA..JANJI NAMPAK LAMPU



Ahmad Bashah buat keputusan tanam durian, Mukhriz nafi tuduhan Sanusi






Mukhriz Mahathir berkata apabila beliau kembali sebagai menteri besar
 pada 2018, keputusan dibuat untuk mengehadkan penanaman durian
 kepada hanya 20% sahaja.

PETALING JAYA: Bekas menteri besar Kedah, Mukhriz Mahathir mendakwa penanaman durian Musing King di ladang hutan Gunung Inas, Baling, Kedah dibuat ketika pentadbiran Barisan Nasional (BN) diterajui Ahmad Bashah Md Hanipah.

Menafikan tuduhan Menteri Besar Kedah, Sanusi Md Nor bahawa beliau terbabit dalam projek tanaman Musang King, presiden Pejuang itu sebaliknya mendakwa, kerajaan negeri pimpinan Ahmad Bashah pada 2016 hingga 2018 membuat keputusan menukar tanaman pokok getah klon balak (TLC) kepada durian Musang King.

“Anak syarikat kerajaan Kedah, Kedah Agro Sdn Bhd yang sebelum itu diamanahkan untuk menanam semula kawasan terbabit bagaimanapun, gagal melaksanakannya.

“Selepas itu, Aman Mega Sdn Bhd dilantik untuk mengambil alih tanggungjawab itu, tetapi syarikat itu dibeli oleh syarikat ECK. Ketika pentadbiran Bashah, ECK dibenarkan menanam durian,” katanya dalam kenyataan.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Semalam, Sanusi menafikan pentadbirannya terbabit dalam projek itu sebaliknya menyalahkan kerajaan negeri terdahulu pimpinan Mukhriz yang menjadi menteri besar pada 2013 hingga 2016 dan 2018 hingga 2020.

Mukhriz berkata, apabila beliau kembali sebagai menteri besar pada 2018, keputusan dibuat untuk mengehadkan penanaman durian kepada hanya 20% sahaja.

Katanya, Jabatan Alam Sekitar (JAS) turut membenarkan peratusan itu untuk tanaman selain TLC dan tujuh spesies pokok hutan lain.

“Perlu diingatkan sekali lagi bahawa penanaman semula walaupun membabitkan kerja teres tanah, bukanlah punca hakisan tanah dan banjir.

“Bencana itu tidak akan berlaku sekiranya hutan simpan tidak disentuh untuk tujuan pembalakan pokok bernilai tinggi dan aktiviti tebang bersih atas alasan Ladang Sejahtera sebelum 2013,” katanya.

Projek ladang durian Musang King di Gunung Inas sebelum ini dikaitkan antara punca tragedi banjir dan kepala air di Baling, minggu lalu.

Kejadian itu mengorbankan tiga nyawa dan memusnahkan 15 rumah, selain beratus lagi kediaman penduduk rosak teruk.

Mukhriz berkata, walaupun penanaman durian dikaitkan sebagai punca utama bencana berkenaan, namun perlu dilihat bahawa kawasan hutan simpan kekal di Gunung Inas ditukar status kepada ladang pertanian oleh kerajaan BN pada 2007, dan dijenamakan Ladang Sejahtera oleh kerajaan PAS pada 2008.

Jelasnya, bagi melaksanakan ladang di atas tanah hutan, pokok hutan perlu ditebang bersih. Beliau turut mempersoalkan sama ada kajian penilaian impak alam sekitar (EIA) dibuat ketika kerja-kerja penebangan dilakukan.

“Sekitar 2012-2013, saya antara pihak yang membantah projek Ladang Sejahtera di Kedah, bukan kerana pokok yang hendak ditanam, tetapi kerana hutan simpan digondolkan,” katanya.

No comments: