TUUU DIAAA...MAT SAID MENANGIS TERKENANGKAN PERANGAI LEBAI PAS. KINI UMNO BERGERAK SOLO....MAMPOIH LA PAS KALI NI...

 

UMNO Terengganu tetap tolak Muafakat Nasional dengan Pas



Nur Fazlizai Ali
UMNO Terengganu tetap tolak Muafakat Nasional dengan Pas
Pendirian Ahmad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal sekali gus menggambarkan pintu kerjasama itu tertutup sepenuhnya. -Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA NERUS: UMNO Terengganu tetap dengan keputusan untuk menolak sebarang bentuk jalinan kerjasama dengan parti Pas menerusi Muafakat Nasional (MN).
Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Said berkata pihaknya telah memberi ruang kerjasama kepada parti berkenaan untuk ke arah itu.
Pendirian Ahmad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal sekali gus menggambarkan pintu kerjasama itu tertutup sepenuhnya.
"Tiada dah, kita sudah bagi ruang, saya menangis sudah hari itu.
"Saya ini kalau lembut, lembut sangat. Saya ini kabo sokmo (selalu beritahu). Ular tedung kalau pandai bukan boleh gosok (sapu), kepala ular boleh cium. Kepala ular dah main tepuk, minta maaflah," katanya.
Sebelum ini, Pas Terengganu cuba untuk meneruskan kerjasama MN dengan UMNO, namun menemui jalan buntu.
Pesuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Husain Awang berkata sebelum ini pihaknya sudah mengatur dua pertemuan namun gagal.
Sebelum ini juga, UMNO Terengganu telah memutuskan untuk bergerak secara 'solo' pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

No comments: