NI SALAH SATU BENDA AJAIB DI MALAYSIA. SELAIN PENCURI DIIRINGI KESANA SINI, GUNA SISA KAYU PUN KENA SAMAN- YANG SAPU TAK KENA SAMAN...BIJOK BIJOK

 





Rakyat Buat Meja Sisa Tunggul Kayu Terpakai Kena Sita oleh Jabatan Hutan Kelantan di TANAH MERAH, Kelantan

TANAH MERAH - Jabatan Perhutanan Negeri menyita 10 tan sisa dan tunggul kayu, termasuk tual kayu bulat pelbagai spesis tanpa pas pemindah yang sah dalam tiga operasi berasingan, sejak Khamis lalu.

Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan, Abdul Khalim Abu Samah berkata, serbuan tersebut dilakukan pihaknya berdasarkan maklumat dan aduan awam.

Hasil siasatan, Abdul Khalim memberitahu, seorang suspek berusia 40 tahun turut ditahan dalam serbuan tersebut selepas menemui beberapa hasil hutan yang telah ditukar kepada bentuk meja dan kerusi.

“Beliau gagal mengemukakan sebarang dokumen yang membenarkan beliau memiliki hasil hutan berkenaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 84(1), Akta Perhutanan Negara 1984: Memiliki Hasil Hutan Secara Menyalahi Undang-undang.

“Mengikut siasatan awal kami, suspek yang terlibat dalam ketiga-tiga kes ini dipercayai membeli hasil hutan ini melalui penduduk kampung yang menghantar ke premis mereka tanpa sebarang kelulusan yang sah dari Jabatan Perhutanan Negeri.

Sumber sinar

 

No comments: