KAH..KAH...BAB NI AKU SOKONG PENGANALISIS....HANGPA MEMANG MENGANALISIS SESUATU YANG BAIK. DAN TEPAT. PARTI PUN HIDUP SEGAN MATI TAK MAU..TU PUN JANGAN...120 KERUSI NAK TANDING...DIA PULAK NAK CATURKAN POLITIK PARTI LAIN.

 


Penganalisis tak yakin dengan sasaran Pejuang pada PRU15







Penganalisis menjangkakan calon-calon Pejuang tidak akan dapat
 memenangi banyak undi pada PRU15, kecuali Dr Mahathir Mohamad.

GEORGE TOWN: Beberapa penganalisis politik tidak yakin dengan harapan Pejuang untuk menang besar pada pilihan raya umum akan datang (PRU15).

Oh Ei Sun daripada Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura menyifatkan cita-cita parti itu untuk membentuk kerajaan baharu tidak lebih daripada sekadar “cakap-cakap pilihan raya”.

“Angan-angan parti itu akan musnah apabila menyedari peluangnya tipis untuk menang,” katanya kepada FMT.

“Kita semua boleh ada impian dan Pejuang pastinya mempunyai impian yang besar.”

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Timbalan Presiden Pejuang Marzuki Yahya dilaporkan berkata, parti itu berhasrat untuk bertanding sehingga 120 kerusi Parlimen dan berharap untuk membentuk kerajaan seterusnya.

Oh berkata, Pejuang harus mengambil pendekatan realistik dengan memberi tumpuan kepada kerusi-kerusi yang dipercayai boleh dimenanginya, seperti di Kedah.

Beliau berkata, walaupun Pejuang akan memecahkan undi Melayu, calonnya tidak akan dapat menang banyak (undi), kecuali Mahathir (Dr Mahathir Mohamad) jika beliau memutuskan untuk mempertahankan kerusi Langkawi.

Azeem Fazwan Ahmad Farouk daripada Universiti Sains Malaysia berkata, sasaran Pejuang terlalu tinggi.

“Tiada satu pun parti politik di negara ini mempunyai sokongan yang cukup untuk membentuk kerajaan. Parti-parti politik perlu membentuk pakatan seperti Barisan Nasional, Perikatan Nasional dan Pakatan Harapan untuk berkuasa,” katanya.

Beliau berkata, prestasi Pejuang pada pilihan raya negeri (PRN) Johor, apabila parti itu kalah di kesemua 42 kerusi yang ditandinginya, sudah cukup untuk membuktikan ia bukanlah pesaing yang mantap bagi parti Melayu lain.

Azmi Hassan daripada Akademi Nusantara berkata, Pejuang harus hanya menumpukan perhatian kepada Kedah, di mana kedudukan PAS tidak terjamin, manakala Umno turut menyasarkannya.

“Saya rasa Pejuang mempunyai peluang lebih baik untuk menang beberapa kerusi (di Kedah) berbanding 120 kerusi di peringkat kebangsaan,” katanya.

Beliau berkata, parti itu akan menghadapi kesukaran untuk menang di kerusi majoriti Melayu seperti yang dilihat menerusi prestasi penampilan sulungnya yang buruk pada PRN Johor.

“Pengundi Melayu tidak begitu yakin dengan Pejuang dan jumlah undi popular yang diperoleh parti itu sebenarnya tidak seberapa,” katanya.

No comments: