Malaysia makin pelik, Mat Sabu tegur kerajaan buat peraturan ikut nafsu

 

Oleh SITI NUR ZAWANI MISCON / October 25, 2021

Mohamad Sabu (PH-Kota Raja) menyifatkan Malaysia sedang berada dalam keadaan kelam kabut dengan peraturan yang pelik-pelik dikuatkuasakan oleh kerajaan.

Beliau merujuk kepada prosedur operasi standard (SOP) oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang melarang penganjuran sebarang aktiviti, perhimpunan atau majlis sosial berkaitan pilihan raya di Melaka.

Beliau berkata, dalam keadaan Melaka sudah pun beralih ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN), kerajaan pula secara tiba-tiba mengetatkan SOP sehingga ceramah umum dan kelompok tidak dibenarkan.

“Perkara pelik-pelik berlaku di Malays sia mutakhir ini. Dulu Ahli Parlimen tak boleh masuk Parlimen. Peliknya juga masa darurat, jangkitan itu paling tinggi berpuluh ribu, mati sampai beratus satu hari, dan kemuncak sampai 360 satu hari.

“Sekarang nak berlaku pilihan raya di Melaka lagi pelik. Melaka dah tahap 4. Restoran penuh, pasaraya penuh, kenduri kahwin boleh buat, kuliah boleh buat. (Tapi) ceramah tak boleh, berkempen tak boleh, rumah ke rumah tak boleh.

“Malaysia ini jadi negara yang pelik dalam dunia, undang-undang yang berubah ikut nafsu pemerintah, bukan peraturan lagi.

“Begitu juga vaksin. Ada menteri tak vaksin, dia kata tak perlu kerana dia ada imun. Kalau begitu, 2 juta lebih yang dijangkiti itu sebenarnya tak perlu ambil vaksin. Jadi dasar vaksin pun bercelaru, PKP bercelaru. Malaysia sekarang kelam kabut,” selarnya dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian mencelah perbahasan Datuk Seri Saifuddin Nasution (PH-Kulim Bandar Baharu) yang menyentuh tentang tindakan kerajaan mengetatkan SOP kempen.


No comments: