KITA BENDERA PUTIH #benderaputih
Ya!!!!!....bendera putih berjaya menggugat keimanan lebai2
pencinta dunia #lebaikoyak.
Jika tidak takkan mereka bersuara mengenainya walaupun terpaksa menyindir
bodoh.... mereka sgt takut dgn reaksi rakyat. Walaupun ia hanya sekadar bendera
berwarna putih tapi ketakutan mereka seperti melihat lembaga putih terbang di
bumbung rumah mereka.
Itu baru 20% menggunakannya. Jika kita bersatu hati mencapai 80%
menggunakan bendera putih di profile masing2 tanda simpati kpd marhaen yg ada
keluarga mereka yg bunuh diri, yg menjadi gila, yg kelaparan malah ada yg
mencuri kerana kesempitan hidup.....pasti impaknya lebih besar.
Pasti rakyat marhaen merasakan mereka mendapat simpati dan kita
bersama sama mereka yg ketika ini begitu stress. Kita kena bantu mereka sama2
hentikan membunuh diri sendiri. Kita mahu mereka gantung sahaja bendera putih
di pagar rumah. Hari ini dikhabarkan ada org mendapat bantuan rumah sewanya
dibayarkan, ada yg mendapat keperluan dapur kerana mengibarkan bendera putih.
Kita mahu perasaan kita ini dpt dilihat hingga ke seluruh dunia.
Ayuh netizen tunjukkan perasaan kita. Tunjukkan solidariti kita kpd nasib
marhaen. Kita mahu kerajaan mendengar keluhan rakyat. Kita mahu kerajaan
membuka Parlimen seberapa segera secara konvensianal.
Ayuh kita tukar sementara profile kita sehingga PKP ini dibuka
semula agar hilang resah rakyat yg tertekan. Kita mesti bersatu hati... jika
tidak bagaimana utk kita mengubahnya.
Mana tahu jika dulu Reformis dikatakan pemangkin perubahan
politik tahanair PRU lalu... generasi seterusnya akn mengingati revolusi
politik negara bermula dari Bendera Putih. Di mana2 pemimpin skg sdg berbicara
mengenai bendera putih.. ayuh kita jadi sebahagian darinya.