Tanda pagar #PMCirit trending di media sosial

 Tanda pagar #PMCirit trending di media sosial


Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menjadi sasaran ejekan dalam talian berikutan berita yang melaporkan bahawa dia dimasukkan ke hospital kerana cirit-birit.

Awal hari ini, pejabat Muhyiddin mengeluarkan kenyataan ringkas yang mengatakan bahawa presiden Bersatu itu dimasukkan ke hospital di Kuala Lumpur untuk rawatan dan pemerhatian.

Isu ini tidak hanya dijadikan tajuk berita luar negara, tetapi juga mewujudkan tanda pagar #PMCirit dan #KerajaanCirit.

#PMCirit kekal sebagai topik sohor di Twitter pada setakat pukul 10 malam tadi melibatkan lebih daripada 24,000 ciapan.

Ada pihak yang berspekulasi apakah pengumuman mengejutkan itu ada kaitan dengan kenyataan Yang di-Pertuan Agong yang berulang kali menzahirkan pandangan agar Parlimen segera bersidang semula.

Muhyiddin biasanya mengadap Agong sebelum mesyuarat kabinet pada hari Rabu. Kedua-dua acara ditangguhkan hari ini susulan keadaan kesihatannya.

No comments: